Isnin, Jun 17, 2013


Menerusi Melodi yang disiarkan di TV3 tengahari tadi, wanita yang ditangkap khalwat dengan pelakon lelaki tersebut telah tampil dengan beberapa pengakuan kepada wartawan Melodi, Zuan Azmi bagi menyangkal dakwaan pelakon tersebut yang dirinya diperangkap:-
Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya.
Wanita itu memberitahu yang perbuatan mereka sudah diintip selama dua minggu:-
Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak perangkap dia. JAIS tidak akan tangkap (khalwat) satu jam selepas dapat maklumat. Mereka mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan. 

Kami telah diintip. Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan saya sedang bersihkan baju konti manakala dia tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?
Tambah wanita itu lagi mereka tinggal bersama selama beberapa minggu dan pelakon itu bersamanya hampir setiap waktu untuk tempoh hampir sebulan, dan hubungannya dengan si pelakon ialah sebagai pasangan kekasih. 

Wanita itu sering menemani pelakon tersebut di set penggambaran dari malam sehingga ke pagi dan si pelakon hanya akan pulang ke rumah sekali atau dua kali dalam seminggu.

Ditanya sama ada dia dijanjikan sesuatu oleh pelakon itu supaya menjalinkan hubungan dengannya walaupun wanita itu tahu dia sudah bertunang, wanita itu memberitahu:-
Ayat manis tu sudah tentu, tapi hanya satu saja yang saya pegang sampai sekarang. Sama ada dia sudah bertunang atau tidak bukan alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang di atas kehendak keluarga.
Ujar wanita itu lagi, sudah banyak perkara yang mereka lakukan bersama, namun kini pelakon lelaki itu menafikan hubungan mereka.
Dia cuba lepas tangan, menafikan semua yang terjadi. Tak apalah, saya ada bukti semua. Saya datang untuk menceritakan hal sebenar kepada masyarakat dan mempertahankan maruah saya. 
Saya tiada niat langsung untuk menjatuhkan karier dia, tetapi dengan cara dia yang begitu, saya terpaksa.  Dia langsung tidak ada rasa tanggungjawab, dan hanya mahu melepaskan diri saja.
Ps: Apa boleh buat beb. Memang dah jadi kebiasaan bagi manusia. Kalau dah buat salah, mana ada yang nak mengaku. Sama jugak la macam Si Ketua Penipu tu.

Dah kantoi terang - terang, siap ada bukti video dengan Chinadoll dan pengakuan dari mangsa liwat, pun dia masih nak nafikan jugak. Jadi, apa nak heran dengan kes macam ni. Zaman sekarang ni, apa pun tak boleh!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping