Khamis, Jun 20, 2013

Fazura ni pun orang Pahang jugak tau...
SH hanya berkongsi lawak jenaka ni dari seorang syahibul sahabat SH, Si Husin Lempoyang untuk tatapan korang. Ingat ye! Ini the Antics of Husin Lempoyang.

Andaikata kalau ada sesiapa yang baca artikel ni dan terasa dengan lawak yang cuba disampaikan, maknanya tengahari tadi dia terlebih makan sambal belacan la kot. Tu pasal la dia terasa pedas!!! Hehehe...
Satu hari seorang orang Pahang pergi ke KL membawa kereta besar. Tentulah dia susah nak parking dan ke sana kemari. Bila ditanya orang kenapa tak bawak kereta kecik, katanya, "Koi orang Pahang."

Ketika berada di KL, dia menyewa bilik yang besar disebuah hotel yang besar dan mahal. Apabila kawan dia datang untuk bertemu, jenuh berjalan nak jumpa di coffeehouse. Ditanya kenapalah pilih hotel ini? Jawabnya "Isy ... koi orang Pahang."

Mengikut versi lama jenaka orang Pahang, dia akan mengisahkan kenduri besar dan malam penganti. Tapi ini jenaka orang Pahang versi baru sebab orang Pahang ahli politik.

Orang Pahang ini seorang pemimpin dan pegang jawatan paling tinggi. Dia bertanding sebagai calun Parlimen pada pilihanraya. 

Sebelum mula kempen, dia kasi rakyat duit bagi membantu rakyat hadapi kenaikan harga barang dan model ekonomi baru yang pendapatan rakyat belum naik tapi gaji CEO berjuta-juta setahun.  

Orang Cina dikasi banyak sekolah-sekolah. Orang India, orang kadazan, orang iban, dan rakyat pelbagai lapisan bangsa, pekerajaan, syarikat, dan lingkungan pendapatan mendapat bahagian masing-masing.  

Rasanya orang sayang dia. Masa kempen, orang diminta luahkan kasih dan sayang mereka kepadanya.

Majlis kempen, makan busat dan ceramah mestilah besar-besaran dan pakai baju warna serupa. Orang memang ramai datang. Seorang pemimpin lama tanya kenapa kempen macam gitu. Katanya, "Koi pemimpin Pahang."

Bila keputusan keluar, orang Pahang ni dapat kurang kerusi dan majoriti kecil.

Ada salahkan Penasihat. Ada salahkan tentera kacang hantu. Ada salahkan cina. Ada salahkan duit tak turun. Ada salahkan orang UMNO tak pandai kempen .... macam-macamlah yang bersalah.

Semua malu dan tak mahu nak salahkan orang Pahang. Tak mahu gaduh ... nanti parti politik orang Pahang berpeccah belah dan sudah tak besar lagi. 

Akhirnya ada orang pergi jumpa tanya orang Pahang ini kenapa keputusan begitu. Katanya, "Isteri koi orang Negeri Sembilan."
Categories:

4 ulasan:

  1. Tok nnakak laa lawok ni...puah pike tapi tok pehe jugok laa.

    harap SH dapat explain maksud jenaka ni ya.

    BalasPadam
  2. Haha...hang mmg cari mampoih!...gila btui

    BalasPadam
  3. hahaha..koi org phg tapi suami koi org johor

    BalasPadam
  4. Ha Ha Ha ... masok suku yo ko ;-)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping