Itu yang membuatkan kita susah nak terima dan percaya dengan apa yang dicanangkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni. DIorang ni cakap ikut sedap mulut je.
Kalau sebelum ini, diorang buat dakwaan kononnya Barisan Nasional import 40ribu Bangla untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum kali ini.
Tapi, yang herannya, kenapa sampai hari ini masih tak ada sebarang laporan dibuat mengenai kewujudan 40ribu orang bangla yang dibawa masuk tu?
Kenapa Si Rafizi tu sendiri tak buat laporan tersebut dan menjelaskan kepada rakyat bukti berkaitan dengan dakwaan yang diorang buat sebelum ini?
Itu yang menghairankan kita. Dah buat dakwaan, tapi tak de buat laporan menda kejadahnya? Setakat nak menipu rakyat, baik tak payah!!!
Sama jugak la dengan insiden pasal kejadian Blackout yang dijaja dalam Himpunan sebelum ini. Sampai diorang buat Himpunan pun berlandaskan dakwaan tersebut.
Malah, siap letak pulak label mengatakan sesiapa yang tak hadir dalam Himpunan tersebut dianggap sebagai Pengkhianat kepada perjuangan parti.
Macam mana pulak diorang boleh letak hukum sedemikian sedangkan perkara itu tidak wujud pun? Macam mana diorang boleh buat spekulasi seperti itu?
Sehingga artikel ini ditulis dan sehingga pintu petisyen ditutup baru - baru ini, tak ada satu pun kawasan yang difailkan oleh Pakatan mengalami kejadian Blackout.
Sebanyak 25 kerusi Parlimen yang diumumkan oleh Si Rafizi hanya dibuat petisyen mengenai isu lain selain dari Blackout. Jadi sekarang kita nak tanya, mana Blackoutnya!!! Takkan diorang nak menipu rakyat jugak kot!!!
Pihak pembangkang sering menyalak mengenai "pengundi hantu" atau "phantom voters" pada setiap pilihanraya, kecuali jika mereka menang di DUN atau Parlimen tersebut. Itu sudah perangai pembangkang, tidak terkecuali di Sarawak ini.Sehingga kini, belum ada satu pun bukti kukuh yang dikemukakan oleh pihak pembangkang mengenai kewujudan "pengundi hantu" pada setiap pilihanraya. Namun, selepas pilihanraya tamat dan mereka kalah, maka menyalak menjeritlah pembangkang mendakwa BN menggunakan "pengundi hantu" untuk menang dan SPR telah di"beli" BN.Sedangkan, semua tuduhan itu tanpa bukti, pembohongan dan tidak berasas sama sekali! Itu semua fitnah pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap BN yang menang bertanding dan SPR yang jujur menjalankan tugas. Itu taktik purba pembangkang zaman berzaman! - Kenyalang Report
Dema hantar laporan dekat Obama lerrr... Salinan dekat Lee Kuan Yew.
BalasPadamTakkan dema nak percaya dekat polis Malaysia, mahkamah Malaysia.