Ahad, Jun 16, 2013


Kalau SH sendiri jadi Si Rafizi Jambu tu, dah tentu - tentu itu ayat yang SH akan keluarkan. Nak bagi amaran apa barang beb. Saman je la terus.

Lagi pun, Si Rafizi Jambu tu ada bukti sah bila setiap kali dia buat tuduhan dan fitnah terhadap orang lain. Dia dah siap ada dokumen berkaitan.

Kalau Datuk Seri Idris Jusoh saman pun, Si Rafizi tu memang dah bersiap sedia untuk dikenakan sebarang tindakan. Peguam - peguam dia pun dah nganga mulut dah.

Tunggu Datuk Seri Idris Jusoh tu saman je. Lagi pun, Si Rafizi Jambu tu dah siap isi borang nak tolak saman yang akan dikemukakan tu nanti. Jadi, setakat bagi amaran ni, Si Rafizi tu tak goyang la!!!
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sekali lagi menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengarah strategi PKR Rafizi Ramli atas dakwaan menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
 
Malah, menurut Idris beliau tidak akan teragak-agak untuk mengheret Rafizi ke muka pengadilan jika pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan perkara terbabit. 
 
"Saya cakap kepada dia (Rafizi), kalau dia berani keluarkan tuduhan itu lagi, saya akan heret dia ke mahkamah.
 
"Orang sebegini perlu diberikan pengajaran, kalau dia cakap lagi memang saya akan panjangkan perkara ini ke mahkamah,"  katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
 
Idris berkata tindakan tersebut dibuat bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej beliau selaku Ahli Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati. 
 
"Saya tahu integriti saya, dan saya tak suka orang kerap bertanya serta membuat fitnah kepada saya, saya tidak akan bertoleransi dalam hal sebegini," katanya. 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Penyakit AMARAN ni dah berjangkit-jangkit.

    Dah disebut depan YDPA oleh ustaz kazim, menteri dulu yg asyik beri AMARAN je tapi tiada tindakan !!! menteri terbaru ini tak tengok TV kut !!!

    menteri terbaru AMARAN ini masih ditahap half-past-six dan terus beri AMARAN.

    Yg pasti menteri AMARAN perlu dinyaktoksid dari kabinet jika tidak kabinet ini jadi kabinet (gerobok) baju lama je lah.

    BalasPadam
  2. UMNO kena tegas dan ubah,bersih dulu UMNO, baru boleh tangkap yang dok buat kacau.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping