Khamis, Julai 04, 2013


Hari ini masuk hari kedua sesi membahaskan titah DYMM Tuanku Sultan Pahang bagi Sidang Dewan Undangan Negeri. Sesi dimulakan seawal jam 9 pagi tadi.

Hari ini giliran puak - puak Pembangkang bangkit dan membahaskan titah. Rata - rata dalam perbahasan mereka timbul satu isu yang cukup kuat dibangkitkan.

Apa yang mereka tuntut ialah jawatan Exco dari kalangan ADUN Pembangkang. Kononnya kata mereka, jawatan tersebut dianggap sebagai satu justifikasi.

Mereka mahu kehadiran mereka diiktiraf oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang. Malah, sebelum itu mereka juga menuntut jawatan Ketua Pembangkang.

Jawatan Ketua Pembangkang ini hendaklah memiliki kedudukan yang lebih kurang sama dengan Exco dan mempunyai kelebihan - kelebihan tersendiri.

Antara kelebihan yang dituntut ialah pejabat sendiri, kenderaan rasmi, dan peruntukan elaun sebagai Ketua Pembangkang. Itu yang mereka mahukan.

Untuk makluman, dalam peraturan sidang DUN Pahang, jawatan sebagai Ketua Pembangkang ni tak wujud. Jadi, tak payah la diorang sibuk - sibuk nak mintak.

Andaikata Kerajaan tidak bersetuju untuk melantik mereka sebagai Exco atau pun mengiktiraf jawatan Ketua Pembangkang, maka mereka buat satu lagi desakan.

Mereka mendesak supaya dapat dilantik menjawat jawatan dalam jawatankuasa Exco Negeri. Mereka mula membezakan keadaan tersebut dengan Negeri - Negeri lain.

Jelas desakan tersebut bukannya dibuat atas dasar berpaksikan kepentingan rakyat. Tetapi sebaliknya ianya hanya berpaksi kepada kepentingan diri mereka sendiri.

Selain itu, desakan sedemikian dilihat sebagai satu cubaan untuk mereka mendapatkan pengiktirafan dari Kerajaan Negeri Pahang semata - mata.

Mereka dah mula merasa gah dan berbangga diri kerana berjaya menjejakkan kaki dalam dewan serta bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri. Itu sahaja tujuan mereka.

Selain itu, puak - puak Pembangkang ini juga turut membuat tuntutan agar diberikan 'Elaun Pembangunan' yang sama rata. Mereka mendakwa mereka kekurangan dari segi ini.

Hakikatnya, apa yang dituntut oleh puak - puak Pembangkang ni hanyalah insentif tambahan yang jelas hanya memberi mereka peruntukan lebih.

Nampak sangat la yang puak - puak Pembangkang ni dah terdesak. Diorang sedar yang diorang memang tak de sebarang kelebihan dari segi peruntukan.

Hehehe... Bagi SH, apa yang mereka tuntut ni sebenarnya hanya satu bahan lawak.  Kalau dah sedar diri tu tak MAMPU, buat apa diorang sibuk sangat nak jadi pemimpin?

Yang SH herannya, diorang kata diorang tak mampu dari segi peruntukan. Tapi dalam masa yang sama, ada dikalangan mereka masih mampu membeli kereta baru!!!

Jelas, segala yang dibangkitkan dalam sidang DUN hari ini hanya Retorik puak - puak Pakatan Pembangkang yang sebelum ini beria - ia memburuk - burukkan Kerajaan Barisan Nasional. Diluar dewan, maki bukan main. Tapi dalam dewan, semuanya lembik tengkuk!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping