Isnin, Julai 08, 2013


La ish! Kenapa tak buat tahun depan je? Kenapa sekarang ni baru diorang nak sibuk cari jalan untuk memantau kewujudan tentera siber ni?

Mintak maaf la kalau apa yang SH katakan ni tersinggung mana - mana pihak. Tapi hakikatnya itulah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat.

Kenapa baru sekarang timbul saranan agar pihak berkenaan ambik tindakan yang lebih tegas dan perlu mencari kaedah untuk buat pemantauan. 

Walhal, kita bukan tak tau, benda ni dah lama berlaku. Tak heran la kenapa ada dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu suka sangat menghentam tindakan pihak berkenaan.

Patut la diorang dengan mudah menyebar - luaskan hasutan dan berita - berita palsu dilaman media. Rupanya tak de mekanisme yang tersusun.

Jadi, untuk kali ini, saranan dan cadangan seumpama ini memang wajar diberikan perhatian lebih serius. Pihak berkenaan perlu lebih tegas dalam isu ni. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Jangan dah terantuk nanti baru diorang nak terngadah!!!
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu merangka mekanisme terbaik untuk memantau serta menangani pelbagai isu yang dicetuskan di alam siber bagi memastikan ia tidak menggugat kestabilan negara.
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata SKMM perlu lebih proaktif dalam tindakan mereka, terutama dalam menangani propaganda 'tentera siber' yang dikaitkan dengan pembangkang. 
 
Ini bagi memastikan agenda yang cuba diketengah tidak menjurus kepada timbulnya ketegangan dalam masyarakat. 
 
"Memang daripada sudut yang kita lihat, ada tindakan pihak tertentu cuba mempromosi kempen politik mereka sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara, jadi dalam hal ini, SKMM perlu bertindak mengawal perkara itu.
 
"Sekiranya ini sudah tidak boleh dikawal sehingga menjejaskan keselamatan dalam negeri, maka pihak polis akan bertindak," katanya kepada Bernama.
 
Wan Junaidi berkata segala tohmahan keterlaluan yang dilempar di media sosial, jika tidak dibendung, boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
 
"Walaupun kita bukan seperti sesetengah negara lain yang menyekat kebebasan dunia multimedia, tetapi ia bukanlah satu tiket kepada tentera siber ini untuk menyalahgunakan segala kelebihan yang diberi," katanya.
Categories:

2 ulasan:

  1. Orang Melayu kena bertindak bersatu dengan NGO NGO yang boleh bersepakat atas dasar mempertahankan umat melayu dan agama Islam seterusnya mengambil tindakan ke atas tentera siber RBA sebelum terlambat kerana mereka masih meneruskan serangan terhadap umat melayu.

    BalasPadam
  2. ya betul.. melayu kena bersatu.. tapi melayu atas sedap sesuka rasa.. lupa diri dr bangsa melayu.. ingat makan keju masa kecik.. pemimpin melayu atas pas pkr umno byk yg lupa bangsa.. byk jadi pengkhianat bangsa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping