Kesian dengan nasib Si Siputdin Muka Bulan tu ye. Dah la dia tak dapat jadi wakil rakyat. Dah parti dia gantung dia tak bertali pulak. Tergantung - gantung la dia macam hantu.
Tapi, memang itu yang dia nak jadi pun. Dia yang pilih nak jadi Hantu. Jadi, memang patut sangat la dia tergantung. Dah la jawatan yang dia nak tu sendiri pun tak wujud.
Penyudahnya, sampai hari ni Si Siputdin tu merempat je dalam Ibupejabat PKR di Tropicana. Nak buat apa pun tak boleh. Duit pulak dah makin kurang.
Kalau lagi lambat Si Khalid Gagap tu bagi 'Bonus PRU' kepada dia dengan melantik dia menjadi Hantu di Pejabat MB Selangor tu, maka makin parah la Si Siputdin tu.
Hakikatnya, apa yang didakwa oleh SI Ketua Penipu tu terhadap Kerajaan mengenai lantikan bekas Menteri dan Timbalan Menteri ke GLC berkaitan pun sama je.
Dia pun dok buat benda yang sama jugak dengan konco - konco dia. Yang dia lantik pulak bukan sebarangan orang. Tapi semua kroni - kroni dia jugak. Pun dia masih lagi nak tuduh orang lain mengamalkan kronisme? Agak - agak la woi!!! Dasar muka tak sedar diri betul!!!
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum mengeluarkan sebarang surat rasmi berhubung pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik kerajaan negeri Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.Menurut beliau, Khalid juga tidak memberikan sebarang kata putus berhubung cadangan yang dikemukakan oleh parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat itu meskipun telah berjanji untuk memutuskannya sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bermula awal bulan ini."Tiada (surat rasmi dikeluarkan), masih tiada surat hitam putih. Kalau ikut Datuk Saifuddin Nasution dia belum dapat surat hitam putih lagi," katanya kepada Antarapos.Bagaimanapun, Dr Rani yang juga ADUN Meru berkata pihaknya akan membawa perkara tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat akan datang."Ada benda-benda yang kita bincangkan di peringkat Pakatan Rakyat, benda-benda ini yang perlu kita usulkan dan perbincangan dengan MB, tapi setakat ini belum ada perjumpaan."Di peringkat negeri belum ada lagi, sebab kami sibuk dengan sidang DUN," jelas beliau.Pada Kongres Nasional PKR ke-9 Mei lalu, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Saifuddin akan dilantik sebagai pegawai seranta politik kerajaan Selangor.Cadangan tersebut timbul selepas Khalid menyatakan keperluan pentadbiran beliau untuk meletakkan wakil politik bagi menjadi perhubungan di antara pentadbiran dan politik di Selangor.Namun dua minggu selepas cadangan itu disuarakan, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor tampil membangkitkan isu tentang pelantikan Saifuddin yang tidak dibincangkan dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.