Khamis, Julai 04, 2013


Sebagai permulaan, ingin diperjelaskan. SH bukan tak sokong cadangan yang dibawa oleh Si Xavier ni. Apa yang dicadangkan tu bagus dan memang wajar dilaksanakan.

Tapi dalam bab penghinaan terhadap kaum India pertengahan tu yang SH agak tak berapa nak setuju. Kenapa pulak golongan itu yang nak dipersalahkan?

Adakah Xavier begitu memandang hina terhadap golongan tersebut sehingga dia dengan berani dan lantang boleh berkata sedemikian didalam sidang DUN?

Jika sebelum ini, Si Xavier ni jugak yang kuat menghasut rakyat agar menolak Barisan Nasional kerana didakwa menghina kaum India. Sekarang dah terbalik pulak gayanya.

Yang paling kita heran sekali, tak de orang pulak yang nak membantah atau mempertikaikan penghinaan yang dibuat oleh Si Xavier ni. Kenapa semuanya diam belaka?

Berbalik kepada isu sokongan Dewan Pemuda PAS Malaysia tu pulak, pun SH melahirkan rasa hairan terhadap pendirian mereka. Kenapa sekarang baru diorang nak sokong?

Walhal, sebelum ini memang dah ada cadangan yang seumpama itu diketengahkan oleh pemimpin dikalangan mereka. SH ulangi, pemimpin mereka dah buat cadangan.

Tapi kenapa pada ketika itu DPPM ni tak nak mengambil tindakan dan menyatakan sokongan mereka terhadap cadangan tersebut? Kenapa diorang berdiam diri?

Malah pada ketika pemimpin mereka itu dipecat dan dibuang dari parti pun DPPM masih berdiam diri. Nampak sangat la yang DPPM ni Bacul!!!

Sekarang, apa yang memalukan kita ialah cadangan dari orang bukan Islam ni pulak yang nak disokong sedangkan cadangan dari orang Islam sendiri dipandang sepi.

Ketika Datuk Dr. Hassan Ali membawa cadangan agar mengharamkan penjualan arak dikawasan majoriti Melayu, kenapa DPPM tak nak sokong?

Cadangan untuk melarang pekerja muslim bekerja di premis menjual arak juga turut tidak mendapat sokongan padu dari kalangan DPPM. Persoalannya kenapa?

Sekarang nampak sangat la perjuangan PAS dan DPPM ni sebenarnya hanya bersifat populis. Mereka ni berjuang pun bukannya ikhlas. Hanya sekadar nak nama je. Cakap je nak perjuangkan Islam. Hakikatnya, satu hapah pun diorang tak buat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping