Khamis, Julai 04, 2013


Agaknya, anak Si Nik Aziz ni memang saja je nak cari musuh dari kalangan puak - puak Pakatan tu kot. Mungkin sebab itu la dia dengan lantang boleh keluarkan kenyataan ni.

Kalau nak kata yang anak Si Nik Aziz ni tak tau hubungan diantara Si Ketua Penipu tu dengan kumpulan LGBT ni, nampak sangat la menipunya ye tak.

Lain la kalau selama hari ini Si Nik Abduh ni duduk dalam gua dan bertapa. Mungkin jugak la kita boleh anggap dia tak tahu mengenai perkara tersebut.

Sebaliknya, satu dunia pun dah tau yang Si Ketua Penipu tu memang mempunyai hubungan yang akrab dengan golongan - golongan LGBT tu secara terang - terangan.

Dia jugak yang menjadi dalang dalam memperjuangkan Hak golongan tersebut melalui perjuangan Keadilan dia selama hari ini. Semuanya dia buat atas dasar Hak Asasi Manusia.

Si Ketua Penipu tu bukannya kira sangat pasal hukum hakam agama ni. Apa yang penting bagi dia ialah untuk mendapatkan sokongan. Itu sahaja.

Jadi, sewajarnya cadangan Si Nik Abduh ni ditujukan kepada puak - puak Pakatan tu terlebih dahulu. Suruh Si Ketua Penipu tu buat pendirian yang jelas. Suruh dia nyatakan yang dia pun menentang LGBT!!!
Wakil PAS hari ini menggesa kerajaan agar tidak sesekali tunduk kepada tekanan badan-badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). 

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata beliau difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan menerima tekanan daripada pelobi-pelobi luar negara yang menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam. 

"Tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti hak bertukar, berpindah agama atau murtad, dan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT. 

"Saya nak ingatkan supaya umat Islam dan masyarakat negara ini menuntut kerajaan jangan tunduk kepada tuntutan ini demi melihat Islam sebagai agama Persekutuan tidak tercemar," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur. 

Nik Mohamed Abduh menarik perhatian dewan dengan meminta kerajaan mengambil perhatian terhadap isu berkenaan dan menyatakan pembangkang akan menyokong hak asasi manusia di negara ini dilaksanakan berteraskan ajaran Islam yang menjadi agama Persekutuan. 

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan memperkasa dasar belia negara dengan menyuntik lebih elemen keislaman untuk melahirkan belia Muslim yang lebih dekat dengan ajaran Islam. 
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah suara mempertahankan ini lahirnya dari MP PAS. Dari MP UMNO bukan suara mempertahankan, malah TPM umumkan batal.............. huh cakap banyak pun tak guna. Sendiri fikir la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping