Ahad, Julai 07, 2013


Hah! Korang mesti nak tau kenapa SH kaitkan nama anak kesayangan Si Ketua Penipu tu dalam topik RUU Islam ni kan? Atau mungkin korang dah tau sebabnya?

Kan sebelum ini, Si Nurul Izzah tu juga pernah membangkitkan soal agama seorang anak tidak boleh didaftarkan sebelum cukup usia dia 18 tahun?

Jadi, rasanya jawapan dari pihak Mufti ni lebih perlu diperhalusi oleh Si Nurul Izzah sebelum dia nak keluarkan sebarang kenyataan. Kalau nak bercakap tu, biar la guna Kepala Otak sikit. Jangan la asyik nak guna Kepala Lutut je!!!
MUFTI berpendapat sebarang bentuk undang-undang yang digubal dan dilaksanakan perlu mengikut syara’ termasuklah  isu  Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Mufti Pahang,  Datuk Abdul Rahman Osman berkata jika perkara tersebut berlanggar dengan syara’ kerajaan perlu mengkaji dan berbincang semula dengan golongan cerdik agama termasuk mufti dan pihak berkuasa.

Menurutnya, selalu berlaku di mana keadaan undang-undang Perlembagaan tidak menyamai undang-undang syariah, perkara tersebut perlu dibetulkan.

“Kalau yang kita faham, agama rasmi Persekutuan adalah Islam, jadi apa yang ingin di lakukan kena berbalik kepada Islam. 

“Kalau ikut undang-undang Persekutuan kalau anak-anak yang belum mencecah umur 18 tahun walaupun sudah akhir baligh tak boleh tukar agama, tapi kalau dalam Islam mengikut syara’, ibu atau bapa Islam, anak tersebut mesti mengikut ibu atau bapa yang Islam,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini,  Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  berkata Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.

“...dari segi hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam.

“Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa,” katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. islam dia tak faham.. guna lutut la jawabnya.. dia ingat hukum islam mcm sesedap mulut sesedap rasa.. mcm kempen pilitik.. bantai aje bila dpt mikrofon.. org islam nak murtad ada pulak org islam menyokong dan beri laluan mudah.. bantu siap dgn peguam..

    BalasPadam
  2. dia pikiaq bukan guna lutut...tapi dia pikiaq guna bijik kelentit dia....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping