Dulu, kita pernah dengar orang bercerita mengenainya. Ketika Si Ketua Penipu tu bersungguh-sungguh nak jatuhkan Tun Mahathir dan kaitkan Tun dengan amalan kronisme.
Baru-baru ini persoalan yang sudah lama senyap kini timbul kembali. Ada seorang rakan yang MyMassa jumpa di kenduri kahwin bertanyakan SOALAN MAUT:
BETUL KE IOI TU BERMAKSUD IBRAHIM OIL INDUSTRY?
Tergamam kita bila dengar soalan tersebut. Setahu kita, IOI ni milik saudagar kaum Cina yang merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia.
Oleh kerana terkasima dengan soalan tersebut, kita hanya mendengar celoteh rakan tersebut yang mengulas isu tersebut secara panjang lebar.
Dek kerana tak puas hati dengan penjelasan rakan yang diberikan, kita cuba tanya rakan-rakan lain yang lebih mengetahui mengenai perkara tersebut.
Ada jugak yang kita cari dalam internet. Rupanya, banyak jugak perkara yang mengaitkan Datuk Ibrahim dengan IOI ni.
Dari maklumat rakan-rakan dan semakan di Internet, tenyata IOI bukanlah milik bapa Anwar Ibrahim tetapi milik Tan Sri Lee Shin Cheng, orang ke-4 terkaya di Malaysia.
Dan IOI juga bukanlah IBRAHIM OIL INDUSTRY seperti yang ditohmahkan oleh orang sebelum ini tetapi IOI adalah singkatan kepada Industrial Oxygen Incorporated Sdn Bhd.
Jadi, mana datangnya kaitan Bapak Si Ketua Penipu tu dengan IOI? Dari Majalah Antarabangsa ASIAWEEK, majalah ini membongkar kaitan tersebut (Klik Sini).
Jumlah saham yang diterima oleh bapak Si Ketua Penipu tu sewaktu Si Ketua Penipu tu menjadi Menteri Kewangan adalah seperti berikut:
Pendedahan ini menunjukkan bahawa bapak Si Ketua Penipu tu dapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Si Ketua Penipu tu jadi Menteri Kewangan tahun 1991.
Mudahnya Si Ketua Penipu tu menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi dalam masa yang sama, bapak dia dianugerahkan saham lebih 6 juta unit.
Pada ketika itu, Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Pada waktu itu jugak, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI.
Apa yang kita harapkan, entri kali ini membantu membersihkan tuduhan dan dakwaan bahawa IOI bermaksud Ibrahim Oil Industry.
Namun salah guna kuasa yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu dengan memberikan berjuta - juta unit saham kepada bapanya bukanlah satu tuduhan, tetapi kenyataan bahawa ketika di puncak kuasa, Si Ketua Penipu tu juga mengamalkan KRONISME!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.