Itu satu persoalan yang SH nak ajukan pula kepada YB - YB PAS yang baru dan juga yang lama. Perkara itu perlu diperjelaskan kepada rakyat.
Memandangkan hari ini, Syarikat berkenaan dah tarik balik saman terhadap Aktivis Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), maka tak salah jika pendedahan tersebut dibuat.
Kalau orang lain yang buat, PAS akan kata itu semua fitnah dan sekadar bahan untuk meracuni pemikiran rakyat. Jadi, adalah lebih baik jika PAS buat sendiri.
Sebelum ini, pemimpin PAS jugak yang sesak sangat mempertikaikan mengenai pembinaan kilang tersebut di Gebeng dengan pelbagai andaian serta dakwaan yang bukan - bukan.
Jadi, apa salahnya jika pemimpin PAS dikawasan tempatan jugak yang buat pendedahan berkenaan atas dasar ketelusan dalam perjuangan mereka.
Jangan la pemimpin PAS ni nak jadi manusia Hipokrit dan Munafik semata - mata untuk mendapatkan sokongan serta undi dari kalangan rakyat je.
Kejujuran dan Ketelusan jugak perlu ditonjolkan oleh mereka. Ianya sesuai sangat dengan dasar perjuangan yang diorang bawak. Tak gitu?
Bukan ke dalam Islam Kejujuran dan Ketelusan ni menjadi satu tuntutan? Jadi, untuk apa lagi PAS terus berselindung dari Kebenaran? Diorang patut dedahkannya.
SH ingat lagi. Dalam sidang DUN yang lepas, salah seorang ADUN PAS ni jugak yang kata, dia tak nafi bahawa kilang Lynas tu bahaya.
Malah, bila ditanya mengenai isu kontrak ni pun dia tak menafikan bahawa ada dikalangan pemimpin PAS yang mendapat habuannya.
Dalam masa yang sama, ADUN berkenaan jugak mengakui bahawa PAS turut mendapat bantuan kewangan dari pemimpin tersebut untuk menjayakan program diorang.
Memandangkan ADUN PAS tu dah tak jadi wakil rakyat, maka dia patut mendedahkan perkara yang sebenar kepada rakyat. Jika tak sekarang bila lagi?
Pesan SH. Usah la PAS nak bermuka - muka dalam isu kilang Lynas ni dengan rakyat. Sudah - sudah la diorang nak jadi barua orang lain ni!!!
Dah tiba masanya untuk mereka berterus terang dengan rakyat. Jangan main sembunyi - sembunyi. Bila depan rakyat, sibuk la kata kilang tu bahaya dan sebagainya. Tapi dibelakang, diorang jugak yang sebat keuntungan dari kilang tersebut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.