Khamis, Julai 04, 2013


Hahaha... nak tergelak betul SH membaca kenyataan Si Ketua Penipu tu. Masih jugak dia cuba sedaya upaya nak menegakkan benang yang dah basah.

Dah dia tak dapat nak jawab dakwaan yang dikeluarkan sebelum ini, dia mula mencipta alasan dia sendiri. Maka dia keluarkan sekeping kertas yang katanya dari Yusuf Kalla.
Anwar hari ini tampil membacakan nota yang dihantar Jusuf Kalla kepadanya.

"Tulisan itu tidak benar, saya akan bantah, setakat kelmarin dan hari ini, belum keluar lagi pembetulan.

"Saya sudah hantar empat surat bantahan kepada CEO Berita Harian, Ketua Pengarang BH, Eksekutif BH, dan Ketua Pengarah Kumpulan BH NST, saya akan susul lagi," katanya yang dipetik dari satu nota berkenaan.

Anwar dalam pada itur turut menyifatkan rencana tulisan media milik Umno-BN, yang mendakwa PR menerima dana asing bagi menganjurkan beberapa siri himpunan di negara ini sebagai satu serangan keras yang tidak masuk akal.

"Dari awal saya tidak yakin beliau (Jusuf) akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu, apatah lagi yang mula menyiarkan artikel itu adalah Azahari dari MyNewsHub, blog yang ditaja oleh Umno.

"Jusuf Kalla berulang kali meminta saya jangan buat ulasan sehingga beliau mengarahkan media Berita Harian supaya membetulkan," dakwanya.
Hehehe... taktik macam ni adalah satu kebiasaan bagi Si Ketua Penipu tu. Dia memang biasa keluarkan kertas untuk menafikan satu - satu isu yang ada kaitan dengan dia.

Kemudian, dia akan kata yang kertas itu dia dapat dari Si Polan untuk mengukuhkan lagi penafian yang dibuat. Walhal, kertas tu tak ditunjuk pun kepada orang.

Habis dia baca, kertas tu pun dia simpan dalam Poket. Kenapa dia tak edarkan kepada pihak wartawan? Kalau dia edar pun, macam la orang nak percaya.

Hakikatnya, jika benar kenyataan Yusuf Kalla sebelum ini tidak benar, kenapa Si Ketua Penipu tu tak saman je pihak media yang terlibat?

Kenapa dia hanya memberikan mereka notis sampai 4 kali? Kalau sebelum ni, tak de notis pun yang diberikan. Dia terus saman je pihak yang terlibat.

Tambah menghairankan kita, kenapa Si Ketua Penipu tu kata yang dia 'TERPAKSA' ambik tindakan mahkamah? Sebelum ni, tak de orang paksa pun. Dia buat jugak.
"Saya memberi ingatan mana-mana ahli Parlimen yang ulang, akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

"Kalau diulang di luar Dewan, saya terpaksa ambil tindakan mahkamah, kerana tuduhannya biaya dari Amerika, China, Korea, Siam, hebat saya, semua negara mendokong," katanya.
Jadi, nampak sangat la timbul sedikit kemuskilan apabila Si Ketua Penipu tu buat sidang media hari ini. Nampak sangat macam dia cuba nak menutup mulut orang. Dia dah memang tak de cara lain dah nak tutup mulut orang. Itulah akibatnya kalau kuat sangat Menipu!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping