Khamis, Julai 04, 2013


Inilah akibatnya jika nak jugak anjurkan demonstrasi jalanan. Jika sebelum ini, puak - puak Pakatan Haramjadah di Malaysia ni sibuk nak buat 'Spring'.

Kononnya diorang nak ikut la kebangkitan 'Arab Spring' yang berlaku diluar Negara. Tapi natijahnya, yang menderita rakyat jugak. Bukannya pemimpin tu sendiri.

Jika kita lihat, agenda Pakatan Pembangkang ni tak ubah macam modus operandi yang telah dilakukan diluar Negara. Segelintir pemimpin menghasut rakyat gulingkan Kerajaan.

Dan kemudian, pemimpin yang menghasut tu pulak ambik alih kuasa. Kononnya atas dasar demokrasi dan dibuat dengan cara mengadakan Pilihan Raya.

Bila dah dipilih, dah mula sedap duduk atas kerusi pemerintah, tak nak dah dengar suara rakyat. Dia buat semua benda ikut suka hati dia je. Tak de dah kira pasal rakyat.

Perkara itu juga yang berlaku di Malaysia ni. Puas la Si Ketua Penipu tu menghasut rakyat supaya menolak keputusan Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.

Habis semua orang kena tipu dengan mereka bila diwar - warkan kononnya berlaku kejadian Blackout, 40ribu orang Bangla jadi pengundi hantu dan sebagainya.

Tapi, dalam banyak - banyak dakwaan yang dibuat tu, tak de satu pun yang ditampilkan dengan bukti yang kukuh. Tak de pun laporan yang dibuat.

Penyudahnya, penyokong sanggup berbaring diluar bangunan Parlimen. Pemimpin yang menghasut tu selamba badak je angkat sumpah dalam dewan.

Lepas tu, keluar la salah seorang dari mereka yang Munafik itu dan berjumpa dengan rakyat sambil memberikan kata - kata yang jelas tak satu pun yang dapat dipenuhinya.

Kata dia, perjuangan diluar dewan perlu diteruskan. Dan yang ada didalam dewan pulak perlu buat cara mereka. Jelas, jawapan sedemikian hanya Retorik semata - mata.

Sekadar nak menyedapkan hati. Bukannya dia betul - betul ikhlas pun. Kalau dia betul ikhlas, tak payah angkat sumpah dan terima elaun sebagai tanda protes.

Andaikata Si Ketua Penipu tu dapat merampas Putrajaya dan menggulingkan Kerajaan sedia ada hari ini, tak mustahil dia jugak akan bertindak macam Morsi.

Bila rakyat sendiri desak supaya dia letak jawatan dan buat semula Pilihan Raya, maka dia pun akan bagi seribu satu alasan untuk menafikan suara rakyat.

Tapi, nasib baik la keadaan tu tak berlaku di Malaysia sebab kebanyakkan rakyat Malaysia ni semuanya bijak - bijak belaka. Diorang sendiri dah masak dengan perangai Si Ketua Penipu tu. Dia je yang Gila Kuasa. Bukannya dia nak perjuangkan rakyat sangat!!!
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. Mangkok2 pakatan ni memang bodoh, maaf komen le..lagi skali memang bodoh, kalau ditakdirkan mangkok2 jatuhkan krajaan dgn cara mcam ni..mangkok2 ni tak tpikir ke yg pnyokong2 krajaan yg dijatuhkn tu tak kn buat benda yg sama? Sampai kiamat pun tak kn aman kalau masing2 ber'spring' spanjang zaman.

    BalasPadam
  2. Kita boleh tabik spring jika rakyat Mesir mampu hidup dengan spring sepanjang zaman..

    BalasPadam
  3. Apa tindakan Morsi yg salah? Tolong senaraikan. Morsi menjadi Presiden melalui pilihanraya, bukan demonstrasi jalanan. Please get your fact right! Aku bukan sokong Anwar @ pro pembangkang. Tapi entry ko tulis ni seolah2 Morsi tu pemimpin yg teruk. Maka tolong senaraikan kesalahan Morsi since ko cakap kalau Anwar naik dia akan bertindak macam Morsi. Probably ko sendiri dah pernah pergi dok kat Mesir untuk memahami masalah dalaman negara tu dan bukannya hanya baca berita dr CNN or Reuters or mana2 lidah rasmi musuh Islam. Yang membuatkan ko boleh buat kesimpulan yg Morsi bukanlah pemimpin pilihan rakyat Mesir.

    BalasPadam
  4. "Anwar akan buat macam Morsi kalau dia berkuasa"...so apa yg Dr Morsi alHafiz buat yg salah pada tafsiran ko? Aku bukan penyokong tegar PR tapi sangat2 menyokong kepimpinan Ulama seperti Dr Morsi alHafiz. Kesimpulan tulisan ko ni ialah mmg Morsi layak jatuh? Tau tak yg dia dilantik menjadi presiden melalui pilihanraya yg sah? Tulisan ko menggambarkan yg seolah2 dia naik melakui pemberontakan. PILIHANRAYA OK! Meaning jentera pilihanraya yg mengendalikan pilihanraya tu terdiri dikalangan sahabat dan juga musuh Ikhwanul Muslimin! Namun parti mereka tetap menang melalui PILIHANRAYA. Jadi di mana samanya situasi Ikhwanul Muslimin dgn PR yg ko kata nak menguasai kerajaan melalui pemberontakan? SO tolong senaraikan kesalah Dr Morsi alHafiz as what you've claimed kalau kobrasa tulisan ko tu wajar. Atau berenti menulis perkara yg ko sendiri tak jelas sebab yg jelas hanyalah kedangkalan ko untuk menilai

    BalasPadam
  5. Apa tindakan Morsi yg salah? Tolong senaraikan. Morsi menjadi Presiden melalui pilihanraya, bukan demonstrasi jalanan. Please get your fact right! Aku bukan sokong Anwar @ pro pembangkang. Tapi entry ko tulis ni seolah2 Morsi tu pemimpin yg teruk. Maka tolong senaraikan kesalahan Morsi since ko cakap kalau Anwar naik dia akan bertindak macam Morsi. Probably ko sendiri dah pernah pergi dok kat Mesir untuk memahami masalah dalaman negara tu dan bukannya hanya baca berita dr CNN or Reuters or mana2 lidah rasmi musuh Islam. Yang membuatkan ko boleh buat kesimpulan yg Morsi bukanlah pemimpin pilihan rakyat Mesir.

    BalasPadam
  6. Yangbenarselalunyapahit:

    Morsi naik bukan sebab demonstrasi jalanan? Biar betul. Bukan ke dia jugak yang menyokong Arab Spring di Mesir untuk menggulingkan kerajaan sebelum ini?

    Bro, jangan tengok apa yang berlaku baru - baru ni je. Ikut jejak cerita sebelum ni jugak. Kata dua sebelum ini bukan datang dari tentera. Tapi dari rakyat. Rakyat yang desak kerajaan Morsi dijatuhkan.

    Pejabat Ikhwanulmuslim dipecah dan dibakar oleh rakyat, bukan tentera. Memorandum dihantar oleh rakyat supaya Morsi letak jawatan, bukan tentera.

    Malah, pegawai - pegawai Morsi sendiri dah letak jawatan hampir sebulan yang lalu kerana desakan rakyat, bukan tentera.

    Jadi, jangan sekadar ambik cerita baru ni sahaja. Jangan ambik cerita yang tentera gulingkan Kerajaan Morsi. Baca cerita dari awal bro.

    Jangan kata Morsi tak de buat salah. Morsi jugak manusia. Semua orang ada yang buat salah. Jika dia tak de buat salah, kenapa pulak rakyat bangkit dan buat desakan sedemikian?

    BalasPadam
  7. Fahami sistem Kerajaan Mesir. Kerajaan Mesir ditadbir oleh dua bahagian. Satu Bahagian Pentadbiran yang dipilih melalui Pilihan Raya. Satu lagi melalui Majlis Syura.

    Yang diguling ialah Kerajaan Pentadbiran. Tapi yang masih kekal ialah Majlis Syura. Majlis Syura masih ada kuasa dalam Kerajaan.

    Apa yang SH tulis ada lah berdasarkan pemerhatian yang dibuat sebelum ini dan dari sumber maklumat yang diberikan oleh orang yang berada di Mesir sendiri. Dari sejak mula Arab Spring bermula. Bukan baru - baru ini.

    BalasPadam
  8. Kita kena ingat. Bila berlakunya Arab Spring, rakyat di Mesir terbahagi kepada dua bahagian juga. Satu yang menyokong dan satu yang menentang.

    Kesilapan Morsi bagi SH ialah dia gagal menyatukan rakyat yang berpecah ni kerana akibat dari Arab Spring yang belaku.

    Yang berdemonstrasi sebelum ini percaya pada suara rakyat. Jadi, jangan sangka yang berdemonstrasi tu jugak lah yang mendesak Morsi agar digulingkan sebab diorang dah tak percaya pada sistem.

    Morsi buat lah apa cara sekali pun, tapi kepercayaan rakyat terhadap sistem ni dah hilang. Sebab itu dia kena guling.

    Itu yang Morsi Gagal lakukan. Kesilapan Morsi yang paling besar ialah untuk menyatukan rakyat Mesir. Sepatutnya perkara itu yang diberikan perhatian.

    Sama juga kesnya di Malaysia dimana Pakatan Pembangkang yang dipimpin oleh Anwar menghasut rakyat agar tidak mempercayakan sistem sedia ada. Waima apa pun yang dibuat oleh Kerajaan, mereka dah takkan percaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping