Kelakar jugak bila baca cerita puak - puak Pakatan Haramjadah ni bila diorang persoalkan pasal perlantikan Datuk Azeez Gaza sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji tu.
Sibuk bebenor diorang nak pertikaikan kelayakan tersebut. Yang tambah kelakar ialah apabila Si Mahfuz Bean ni bersuara bagi mempertikaikan perkara tersebut.
Kalau orang lain pertikai, SH tak de la kisah sangat. Tapi bila orang 'Paling Cerdik' ni bersuara, maka nak jugak la SH membuat ulasan mengenainya.
Mahfuz kata, Kerajaan perlu menjelaskan kriteria apakah yang diperlukan bagi melantik seseorang tu menjadi Pengerus sesebuah GLC?
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik."Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya. - Haprak Daily
Itu soalan Mahfuz. Tapi, kenapa Mahfuz setakat tanya pada Kerajaan BN je? Kenapa Mahfuz tak ajukan soalan yang sama terhadap Rejim Pakatan di Penang dan di Selangor?
Sepatutnya, Mahfuz tanya soalan yang sama kepada Penang, apa kriteria yang diperlukan bagi melantik SI Mat Syabun tu sebagai Ahli Lembaga Pengarah GLC di Penang?
Mat Syabun tu pernah dikaitkan dengan Perbadanan Pembekalan Air Pulau Pinang dengan elaun bulanan yang cukup tinggi. Apa kelayakan dia untuk dapat kerusi tu?
Kemudian Si Mahfuz tu jugak perlu tanya, apa kelayakan Si Siputdin tu nak diangkat menjadi 'Hantu' di Pejabat Menteri Besar Selangor?
Atas kapasiti apa dia dilantik? Nak kata dia wakil rakyat bukan. Nak kata dia ada kemahiran dan komunikasi pun tidak. Jadi, kriteria apa yang melayakkan Si Siputdin tu dilantik?
Mungkin itu persoalan yang diluar dari bidang kuasa Si Mahfuz tu. Jadi, apa kata lepas ni Mahfuz tanya betul - betul parti dia sendiri. Apa kriteria untuk memilih seorang Presiden?
Jika sebelum ini, isu tu pun menjadi bualan dikalangan ahli - ahli PAS sendiri apabila kriteria seorang Presiden dipertikaikan. Ada yang kata Presiden mesti dari kalangan Ulama.
Tapi kemudian, ada jugak yang kata, Ulama tak semestinya jadi Presiden. Ada jugak yang kata jawatan Presiden tu terbuka kepada semua orang yang berkelayakan.
Makanya, sekarang ni SH nak berpesan kepada Si Mahfuz Bean tu. Kalau dia ada hati nak mempertikaikan pasal orang lain, elok dia pertikaikan diri dia dulu. Kalau nak diikutkan, dia pun tak layak jadi wakil rakyat sebab setakat lulus SRP je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.