Isnin, Julai 08, 2013


Kerajaan Pahang akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar peruntukan khas undang-undang di bawah Akta Hasutan digubal bagi menghukum individu yang menghina institusi Raja menerusi media sosial.
   
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata langkah itu perlu bagi melindungi institusi Raja yang kebelakangan ini sering menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab terutama dalam media sosial.
   
"Kerajaan negeri akan menulis kepada kerajaan Persekutuan agar undang-undang khusus di bawah Akta Hasutan dimasukkan satu perkara (peruntukan) yang melarang perbuatan menghina institusi Raja dalam media sosial," katanya pada persidangan penggal pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang ke-13 di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) yang mahu tahu usaha kerajaan bagi menghalang dan menghukum pesalah yang menghina pemimpin dan institusi Raja dalam media maya yang semakin berleluasa.
  
Selain itu, katanya, individu atau pihak yang didapati terlibat menyebarkan fitnah dan hasutan dalam media maya boleh disiasat di bawah undang-undang sedia ada.

"Ia termasuk Seksyen 4(1)(B) Akta Hasutan 1948 bagi kesalahan menyebut apa-apa perkataan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan tidak mewajarkan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.
   
Adnan dalam pada itu turut mendesak SKMM agar lebih tegas dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membendung isu fitnah di media sosial yang turut melibatkan pemimpin dan institusi Raja.
   
"SKMM perlu bersungguh-sungguh menguatkuasakan undag-undang bukan setakat beri amaran kepada pihak yang terlibat.
   
"Kita pun hanya akan tahu ada kes (fitnah) hanya jika ada pendakwaan, itu pun tidak banyak, sedangkan fitnah (di laman sosial) berlaku secara berleluasa," katanya.

Ps: Jelas, apa yang SH bangkitkan pagi tadi turut mendapat perhatian di sidang DUN Pahang secara tak sengaja.

Memang patut pun pihak berkenaan mewujudkan satu mekanisme bagi menangani gejala menghasut dalam laman media sosial ni.

Pihak pembangkang pulak memang suka ambik kesempatan dan memutar belitkan isu - isu panas supaya rakyat membenci pihak Kerajaan. Dah memang itu kerja dia. Kot kalau suruh buat kerja lain, diorang bukan reti!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. reti.. reti sembang besar kat dlm masjid kat kg.. perbodoh org melayu.. dia sendiri di sekeh kepala oleh dap... tuiiii. pemimpin melayu pkr pas

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping