Ahad, Julai 07, 2013


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua. 

Beliau berkata Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.

Mengikut sumber, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat. 

Jurucakap dari IJN berkata, Pak Lah dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain. Dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan mengikut kata pegawai khas Pak Lah, Teoh mengakui bekas Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar perubatan yang biasa merawatnya berada di sana, katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas dimaklumkan beliau tidak sihat. 

Menurutnya, beliau dapat bercakap dengan Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di IJN. Beliau tidak sihat (dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat sembuh, tulisnya di akaun twitter milik beliau. 

Rajin Tengku Nan ni menulis di twitternya. Ini baru Menteri serba boleh.  Apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah @ Pak Lah cepat sembuh dan aktif seperti biasa dan dapat menjalankan ibadah puasa yang bebrapa hari sahaja lagi akan menjelang.

Selamat menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua para pembaca yang beragama Islam. Didoakan agar kalian semua sihat moga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun yang sudah dan moga diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Amin!
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. Bila Madey pulak nak ditanam dalam bumi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tunggu kick sial dikremasi dulu.. nuor dibenam malaikat dulu.. kapal dibakar dulu.. alhamdulillah Tun sihat..

      Padam
    2. tunggu pemimpin dap pkr dihentak masuk ke dlm bumi.. lepas tu giliran lu pulak.. dibenam masuk dlm tanah... esok lu dilenyek lori..

      Padam
  2. jangan jangan hang pergi dulu...tak sempat sambut puasa.oii tak semestinya yang tua mati dulu...hang yang perasan muda pun jika Allah nak tarik nyawa hang malam ni pun boleh.Dah lah jasa langsung tak ada jika dibandingkan dengan Tun M.

    BalasPadam
  3. Jangan biadab buat komen. Mungkin anda yang akan ditanam dahulu.

    Bila malaikat maut dah datang, buat satu apa pun dah tak guna.

    BalasPadam
  4. pegawai khasnya cina juga...mmmm

    BalasPadam
  5. jika pegawai khasnya islam.. sambil menunggu boleh juga berdoa kat Allah....zzzzzzz... sepotong ayat boleh juga baca...mmmm

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping