Itulah kerja puak - puak Parti Angguk Saja ni. Lepas dah puas dah diorang cari gaduh dengan parti - parti lain dalam Pakatan, diorang beramuk pulak sesama sendiri.
Masing - masing sibuk nak letak calon masing - masing. Masing - masing berebut nak jadi wakil rakyat. Kalau dah sibuk macam tu, bila nak memperjuangkan Islamnya?
Sebelum ini, masa kemelut pencalonan bagi PRK Kuala Besut, PKR nak letak calon mereka. Ianya dibantah oleh PAS secara terang - terangan.
Sekarang, bila PAS dah diberi kerusi tersebut, dah diorang beramuk sesama sendiri pulak. Jika sebelum ini, golongan Muslimat PAS mintak untuk diketengahkan calon mereka.
Kemudian kelompok Ulama PAS pulak tampil dan menyatakan hasrat untuk menurunkan calon mereka di DUN Kuala Besut. Katanya mereka lebih layak.
Yang herannya, perkara tersebut dibantah oleh Setiausaha Agung PAS Pusat yang menyatakan calon PRK Kuala Besut tu tak semestinya dari kalangan ulama.
Pulak dah!!! Dulu bukan ke diorang jugak yang memperjuangkan kepimpinan Ulama ni. Dah sekarang ni, diorang dah ubah prinsip pulak ke? Dah jadi macam DAPigs?
Muncul hari ini, Dewan Pemuda PAS pulak tampil dan kata nak letak calon mereka sebagai wakil rakyat di kawasan Kuala Besut tu. Tak ke haru jadinya.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS berkeyakinan parti itu mampu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan diadakan tidak lama lagi sekiranya kriteria pemilihan calon diberikan tumpuan oleh pucuk pimpinan.Justeru ketuanya Nasrudin Hassan meminta pucuk pimpinan yang akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding di kerusi ituTambah beliau, analisa keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dilakukan mendapati calon muda yang berwibawa dan berpengaruh berpotensi besar untuk memperoleh kemenangan.
Yang menjadi persoalan sekarang ni, diorang ni betul ke nak memperjuangkan Islam? Kalau betul nak memperjuangkan Islam, letak la sesiapa pun.
Kenapa nak kena ikut kumpulan masing - masing? Ada perbezaan ke diantara kumpulan - kumpulan dalam PAS tu sehingga menyebabkan mereka masing - masing berebut?
Jika PAS mengutamakan perjuangan Islam, sepatutnya tak wujud perbezaan diantara mereka. Baik Dewan Muslimah, Dewan Ulama atau pun Dewan Pemuda.
Semuanya kena berjuang atas satu landasan. Kalau dah masing - masing nak ikut landasan masing - masing, tak de makna la diorang kata diorang nak memperjuangkan Islam. Setakat bercakap je dengan air liur, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
baling duit syiling.. kalau tak puas juga baling kasut.. sape tahan sakit jadi calon.. jgn menjerit
BalasPadam