Ah pelik betul perangai orang ni ye. Pondok dah roboh macam ni pun boleh jugak jadi tempat dia nak buat maksiat? Agak - agak la wei!!!
Kot korang buat la maksiat kat mana tempat sekali pun. Ianya takkan dapat lari dari penglihatan Allah S.W.T. Itu satu kepastian. Waima dalam bilik sekali pun.
Sama jugak la dengan saranan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu dulu. Dia kata dia nak hapuskan undang - undang supaya pihak berkuasa tak de hak nak tahan orang buat maksiat.
Kata dia, rakyat perlu diberi kebebasan untuk buat apa sahaja dalam tempat yang tertutup termasuk la buat maksiat. Makanya dia sifatkan undang - undang yang ada sekarang ni dah lapuk dan ketinggalan zaman!!!
Keadaan dua pondok rehat yang roboh dan terbiar di taman perumahan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di sini kerana dikhuatiri boleh mencederakan kanak-kanak yang bermain di taman itu pada waktu petang.Naib Ketua Wanita cawangan, Rosnani Salim berkata, keadaan bumbung pondok yang tajam amat berbahaya dan berisiko menyebabkan kecederaan kepada anak-anak kecil penghuni taman ini.Menurutnya, masalah tersebut sudah lama berlaku dan pihak pengurusan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan diambil.“Pondok pertama roboh pada 2010 manakala sebuah lagi yang terletak berhampiran rumah penduduk telah roboh Jumaat lalu akibat ribut.“Tapi apa yang paling kita kesali, setiap kali aduan dan gotong-royong dibuat, wakil pihak berkenaan hanya datang lihat dan ambil gambar keadaan pondok tersebut tetapi tiada tindakan sehingga ke hari ini,” katanya.Selain itu katanya, bawah pondok roboh itu turut dijadikan tempat memadu asmara anak-anak muda yang tanpa segan silu melakukan maksiat.“Kegiatan tidak bermoral ini sudah tentu meruntuhkan akhlak anak muda yang sepatutnya memanfaatkan masa muda mereka dengan perkara berfaedah.“Sebab itu kita gesa pihak berkaitan supaya ambil tindakan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.