Isnin, Julai 08, 2013


Pas meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak memberi kata dua terhadap rakan parti dalam pakatan pembangkang, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyokong hasratnya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, sebagai peguam 'senior', Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sewajarnya menghormati peruntukan perlembagaan yang telah lama dipertahankan.

"Sebagai satu pakatan tidak patut Karpal memberikan kata dua kepada rakan-rakannya. Sebagai salah satu rakan kongsi cara ini tidak betul.

"Kedua, Karpal seorang peguam kanan yang selalu mempertahankan perlembagaan. Tiba-tiba dia sendiri bangkitkan cadangan supaya peruntukan perlembagaan yang telah lama wujud dipinda, ini menunjukkan dia tidak menghormati perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Karpal masih tidak berpuas hati terhadap kerajaan berhubung isu tersebut biarpun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 telah ditarik balik sambil menyifatkannya tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 adalah untuk mengelakkan 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut bukan perkara baru malah undang-undang yang sama telah diluluskan pada tahun 1993.

"Seksyen 95 dalam Akta Pentabdiran Agama Wilayah Persekutuan 1993 menyatakan dengan jelas orang bukan Islam yang berusia 18 tahun ke atas tidak perlu keizinan untuk masuk Islam, kalau kurang daripada 18 tahun boleh masuk Islam dengan keizinan bapa atau ibu atau penjaga, ia sama dengan rang undang-undang yang mahu dibentangkan itu.

"Perkara ini sudah lama dan telah ditafsirkan oleh mahkamah dalam beberapa kes sebelum ini, jadi kenapa sekarang baru hendak bising, saya minta Karpal terima undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen ini," katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Ps: Heran kan? Kenapa gamaknya hanya Penolong Setiausaha PAS sahaja yang berani bersuara? Mana pergi pemimpin PAS yang lain?

Mana perginya Si Mahfuz Bean yang suka sangat menyalak sebelum ini? Kenapa dia hanya mendiamkan diri? 

Kalau atas pentas, bukan main laigi menjerit - jerit maki hamun orang kata tak pandai nak menjaga kesucian Islam. Tapi bila berhadapan dengan puak - puak DAPigs, semuanya ketar lutut!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. dah ditaja semua gamaknya.. sembang besar aje nak tunjuk handal depan org pas... berlagak depan umno tapi telur kecut depan dap.

    BalasPadam
  2. Pemimpin2 PAS mana ada telur ? Semua nya dah buang ke anging DAPigs ....

    BalasPadam
  3. jagalah agama kita. usahakan iman kita, Nak singgit pun kena usaha(kerja) apatah lagi nak masuk syurga. bohong namanya jika kita dapat sesuatu tanpa usaha..kecuali rezeki Allah Taala..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping