Sabtu, Julai 06, 2013


SH percaya beb. Kalau berita pasal pemimpin UMNO kantoi, atau Utusan kena saman, sudah pasti ianya akan jadi bahan utama dalam akhbar lidah rasmi Parti Angguk Saja tu.

Tapi kalau nak bercerita bab mendaulatkan Islam atau memperjuangkan Islam, jangan harap la. Lambat la baru dapat masuk dalam Haprak Daily tu.

Kalau dapat masuk pun, setakat satu kolum kecik je dimuka surat - surat yang terakhir. Itu je yang selayaknya bagi pemahaman PAS mengenai isu yang berkaitan dengan Islam ni.

Walhal, apa yang dibangkitkan ni satu keutamaan dan kepentingan kepada perkembangan syiar Islam tu sendiri. Tapi, PAS bukan peduli sangat pun. Bagi diorang Islam tu hanya satu alat yang boleh digunakan untuk kepentingan Politik mereka je!!!
Peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan ibu atau bapa yang memeluk Islam menentukan agama anak adalah Islam sewajarnya difahami sebagai mewakili situasi terkini di negara ini. 
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr. Yusri Mohamad berkata, peruntukan itu didukung oleh keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai autoriti tertinggi dalam mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu tersebut. 
Menurut beliau, peruntukan berkenaan turut diguna pakai oleh pihak berkuasa agama Islam negeri. 
"Pembela menyeru semua pihak memahami seksyen tersebut sebagai 'status quo' yang kukuh dan berasas kerana didukung oleh dua autoriti tertinggi yang paling relevan dengan isu ini. 
"Semua pihak diminta kembali kepada semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam menangani isu ini dan bukannya berpandukan kepada sentimen kesamarataan mutlak yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Yusri mengulas pandangan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anaknya yang berusia di bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti yang terkandung dalam Seksyen 107(b) rang undang-undang tersebut. 
"Islam perlu dihormati dan diberi peluang untuk berperanan sebagai agama Persekutuan dalam persoalan seumpama ini," ujarnya. 
Sementara itu, pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berpandangan, selain merujuk kepada hukum syarak dan keputusan mahkamah, isu menukar agama anak juga wajar dilihat dari sudut kemanusiaan. 
"Mungkin kita boleh mengkaji berhubung keperluan untuk memaklumkan ibu atau bapa yang tidak memeluk Islam tentang pertukaran agama anak mereka," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping