Terasa gatal pulak tangan nak menjawab isu ni memandangkan ianya nak dijadikan bahan modal Politik puak - puak Pakatan Pembangkang tu.
Pertama sekali, kita nak soal, dari mana puak - puak Pakatan Pembangkang dapat isu mengenai perkara tersebut? Sudah tentu jawapannya dari TV3.
Itu yang buat kita hairan sikit. Bukan ke selama ini diorang kata diorang tak tengok TV3. Jadi, macam mana pulak isu tu boleh sampai kepada diorang?
Nampak sangat la diorang ni sebenarnya manusia - manusia yang Hipokrit. Kata tak tengok, tapi sebenarnya diorang tengok jugak. Kan munafik namanya tu?
Yang sebenarnya, isu ni mudah je. Yang dipersoalkan ialah Kenapa Nak Buat Tazkirah Waktu Solat Terawih? Waktu lain tak boleh buat ke?
Kot ye nak buat tazkirah, buat la lepas solat Maghrib. Dizaman Rasulullah S.A.W pun tak pernah buat tazkirah waktu tengah bersolat terawih. Yang kita nak buat kenapa?
Itu persoalan yang sama pernah dibangkitkan oleh Nik Aziz apabila dia sendiri mempertikaikan isu mengenai perarakan sempena sambutan Maulidul Rasul.
Kata dia, selepas zaman Rasulullah, perarakan seumpama itu tidak pernah dibuat. Cuma kita zaman sekarang ni je yang sibuk nak buat.
Yang hendak diketengahkan ialah mengenai langkah bagi mendapatkan solat terawih yang lebih sempurna dan berkualiti. Tumpuan melaksanakan ibadah tu yang perlu diutamakan.
Yang dilebih perlu didahulukan sepanjang bulan Ramadhan adalah untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
Yang dianjurkan oleh Ulama Salafi ialah solat sunat dan bertadarus Al - Qur'an. Malah, solat terawih tanpa sebarang gangguan juga dianjurkan oleh Saidina Umar Al-Khattab.
Kita ni dok sibuk la nak bertazkirah sedangkan solat sunat dan bertadarus Al - Qur'an tu kita tak buat. Apa gunanya kita nak bertazkirah kalau dah macam tu gayanya?
Dewasa ini, dah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Malaysia khususnya mengadakan tazkirah selepas selesai lapan rakaat solat terawih.
Sedangkan perkara itu tidak dianjurkan sewaktu zaman Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat. Ianya menjadi amalan baru bagi kita je di Malaysia ni. Negara lain tak de buat.
Apa alasan mereka nak bagi tazkirah pada waktu itu? Ada dalil ke yang mengatakan waktu itu waktu wajib untuk diberi tazkirah? Ada syafaat ke baca tazkirah pada waktu itu?
Dalam kitab mana yang kata WAJIB baca tazkirah diantara solat terawih 20 rakaat? Dapat pahala lebih ke kalau baca tazkirah pada waktu itu?
Jika soalan - soalan itu pun masih ada yang tak mampu nak jelaskan, baik tak payah nak dijadikan ianya sebagai satu isu. Kalau setakat nak jadi bahan Politik, tak de faedahnya.
Andaikata diorang nak bagi tazkirah untuk menyampaikan ilmu Allah, waktu lain pun boleh buat. Tak semestinya pada ketika solat terawih. Itu sahaja.
Kot ye pun kita ni nak jadi Pembangkang, biar la kita bangkang dengan cara yang bijak. Jangan sebab kita ni digelar sebagai Pembangkang, semua benda kita nak bangkang tanpa perlu kita gunakan Kepala Otak!!!
Ini semua taktik golongan PAS untuk maklamat berikut:
BalasPadam1. Time ni lah ramai orang melayu islam akan rajin ke masjid/surau untuk berjemaah solat sunat Terawih. Ini lah peluang untuk mendapat sepenuh perhatian penduduk tempatan yang bukan golongan penyokong PAS, ia itu tazkirah dicampur aduk politik - orang PAS jangan nak daleh! Perkara ni benar, walaupun tak semua buat, tapi rata-rata memang banyak yang buat. Jadi bila penduduk tidak buat buat solat Terawih Jemaah kerana tazkirah, saya rasa AJK PAS lah yang tanggung dosa.
2. Masjid/surau di bawah kawalan PAS memang hari-hari buat tazkirah di kawasan Bandar/taman-taman. Hari-hari, betul. Tak caya datang lah kat Selangor. Dan ustaz1 dapat bayaran yang agak lumayan, rata2 antara RM100>RM250 lihat kepada populariti ustaz. Jadi, dalam bulan puasa dibuat jugak untuk "duit poket" ustaz PAS.
3. Kesimpulan nya, tazkirah sengaja diada-adakan sebagai propaganda politik dan juga untuk duit hari raya ustaz2 PAS.
Ada terbaca pasal benda ni kt utusan. Ari tu pun dlm tv3 ada kluar gak. Kalau x salah yg dia maksudkn jgn buat tazkirah semasa solat terawikh tu. Nk buat lepas solat subuh atau lepas maghrib x pe.
BalasPadam11 bulan boleh bertazkirah siang dn malam.. KENAPA MAHU GANGGU MASA TERHAD untuk SOLAT SUNAT TARAWIH wahai pencacai ngok PAS??? SOLAT SUNAT TARAWIH hanya ada pd BULAN RAMADHAN.. bulan2 lain kalau rajin sgt pun mmmg xde Solat Tarawih.. jadi MAKSIMUMKANLAH MASA utnuk SOLAT TARAWIH di MALAM2 RAMADHAN!!! Jgn masukkan BIDA'AH yg ganggu urusan utama RAMADHAN semata2 nk kacau minda makmum.. nk suntik hasutan2 jiwa pd politikterutamanya oleh ostad Cacai PAS!!
BalasPadamNegeri lain patut buat langkah yg sama!!