Aduyai!!! Mana ini Pok Nik mau taruk dia punya muka? Selama ini hari, dia juga selalu tuduh lain orang buat itu kerja. Sekarang, sendiri mengaku ada bikin ka? Ayoyo...
Apa sudah jadi ni Pok Nik? Takkan la tarbiah dalam PAS tu masih tidak mencukupi untuk ahli - ahlinya faham mengenai isu ni? Takkan la tarbiah diorang tak sampai dalam jiwa?
Kalau tarbiah PAS ni bagus sangat, takkan la masih ada dikalangan pemimpin dan perwakilan dalam parti tu yang akan mengamalkan gejala rasuah ni.
Kan tak masuk akal tu. Nampak sangat la yang diorang ni memang suka 'Ludah Ke Langit' Sekarang dah kena muka sendiri apa yang diorang nak buat?
Masih lagi ke diorang nak tutup pekung yang sememangnya dah laman terdedah pada dada diorang sebelum ini? Masih lagi diorang nak menafikannya?
Persoalan yang lebih utama yang perlu kita tanya sendiri kepada Pok Nik. Siapa la gamaknya yang dia maksudkan tu ye? Agak - agak dia, siapa yang terlibat?
Andai kata tak de orang yang terlibat dalam gejala rasuah dikalangan pemimpin PAS ni, takkan la Pok Nik nak bangkitkan isu tu dalam sidang media?
Takkan la dia nak buat tuduhan yang tentu arah pulak dan membuat dakwaan yang bukan - bukan ye tak. Dah tentu perkara tu wujud baru boleh dia nak bangkitkan.
Kalau tidak, serupa la macam dia sendiri yang aibkan parti dengan membuat andaian sedemikian. Adakah itu tujuan Pok Nik tu sebenarnya bila dia bangkitkan isu tu?
Sekarang Pok Nik perlu berterus terang dengan rakyat mengenai perkara ini. Jangan setakat hanya pandai buat spekulasi tanpa sebarang penjelasan. Kalau setakat nak buat dakwaan yang bukan - bukan, baik dia diam je. Buat apa dia nak mengabihkan masa!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.