Melihat betapa signifikannya persolan yang dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah ni membuatkan kita pun boleh tersenyum sorang - sorang. Boleh pulak dia bercerita bab rekahan ek.
Ditengah - tengah dia sendiri mengalami konflik rumah tangga yang kronik akibat tuntutan fasakh yang dia sendiri buat dimahkamah, masih lagi dia nak persoalkan pasal orang lain?
Macam - macam persoalan yang dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah ni berkaitan dengan isu 'Rekahan' di landasan KLIA2 yang masih lagi dalam tempoh pembinaan tu sekarang ni.
Antara soalan yang ditanya ialah mengenai keadaan rekahan tersebut sebelum dan selepas lapangan terbang tu dibuka kelak. Kiranya, dia pentingkan soal keselamatan rakyat. Bagus dah tu.
Kemudian dia juga turut membangkitkan soalan mengenai kos penyelenggaraan yang perlu dilakukan untuk membaiki rekahan tersebut dan mengaitkannya dengan 'duit pembayar cukai'.
Tak cukup sekadar itu sahaja. Si Nurul Izzah ni juga turut mendesak supaya dokumen berkaitan projek tersebut didedahkan kepada pengetahuan umum untuk penelitian selanjutnya.
Heh! Nampak tak sikap retorik Si Nurul Izzah tu bila dia membicarakan mengenai perkara tersebut. Hak orang lain dia nak suruh dedahkan kepada umum. Hak dia, dia simpan sendiri.
Ironiknya, persoalan demi persoalan mengenai rekahan tu boleh pulak dia tanya dan mendesak supaya ianya dijelaskan secara 'halus'. Tapi bila soalan ditanya kepada dia sendiri, tak nak pulak dia menjawabnya.
Apabila rakyat mempersoalkan mengenai kesahihan kes tuntutan fasakh yang dibuat di mahkamah, dia hanya menjawab dengan sambil lewa. Tak pandai pulak dia nak menghormati hak orang yang bertanya.
Alasan yang dia berikan ialah itu hak privasi dan ianya tidak perlu dijelaskan kepada rakyat. Wah!!! Tau pulak dia nak tuntut 'Privasi' sedangkan dalam masa yang sama, dia pun tak hormat pada privasi orang lain.
Tuduhan demi tuduhan telah dibuat oleh Si Nurul Izzah tu terhadap keluarga orang lain sehingga dia disaman dimahkamah. Pun dia masih nak fikir pasal privasi dia sendiri sedangkan privasi orang lain dia buat tak endah?
Sudah la Nurul!!! Inilah yang dinamakan sebagai hukum khirafah. Apa yang kita soal hari ini kemungkinan pasti satu hari nanti akan terkena batang hidung sendiri.
Masa tu, tak payah la dia nak salahkan orang lain sebab dia sendiri yang cari penyakit. Jadi, jangan la sibuk nak jaga rekahan di KLIA tu. Pandai la pihak Kerajaan nak uruskannya nanti.
Ada baiknya dia duduk je kat rumah, jaga "Rekahan" dalam keluarga tu dulu dan pastikan ianya tak wujud sebarang "Rekahan" mendalam yang bakal menghancurkan sebuah Masjid. Ada jugak faedahnya daripada dia mengabihkan masa buat dakwaan tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.