"Saman Hadi Awang adalah untuk pengajaran!!!" Itulah yang ditegaskan oleh puak -puak PKR tu secara terang - terangan. Apa yang jelas diorang ni memang suka bila Hadi Awang tu disaman.
Disebalik usaha nak selesaikan kes tersebut secara 'Baik' kononnya, masih ada lagi dikalangan mereka yang 'gembira' bila calon PKR tu ambik tindakan sedemikian terhadap Presiden PAS tu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR dengan alasan ianya sebagai satu pengajaran supaya tidak ada mana - mana pihak yang suka menabur fitnah sesuka hati.
“Ini adalah satu pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menuduh seseorang dengan tuduhan yang tidak mempunyai fakta yang jelas.
Dalam ertikata lainnya, Si Ketua Penerangan PKR Selangor tu anggap Si Hadi Awang tu memang sengaja membuat tuduhan tanpa memeriksa sama ada ianya benar atau pun tidak.
Tambah memalukan ialah apabila Si Ketua Penerangan tersebut juga mendesak supaya Hadi Awang mengambil sepenuh tanggungjawab memikul kesalahan kerana tuduhan yang telah dibuat.
“Jadi, kalau kita sanggup untuk menuduh seseorang tanpa bukti maka kita perlu bertanggungjawab ke atas tuduhan yang kita buat,”tegasnya.
Nah!!! Sekarang sudah nyata bahawa puak - puak PKR tu memang menyokong tindakan yang dibuat oleh calon mereka sendiri. Maka sebab tu la saman tu dibiarkan begitu sahaja.
Andaikata betul la diorang ikhlas nak membantu selesaikan masalah tersebut, dah tentu - tentu diorang akan ambil tindakan sejak dari mula. Bukan hanya selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah. Kalau dah dasar Penipu Rakyat tu, sesama sendiri pun diorang sanggup tipu jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.