"PKR Bukan Gila Jawatan" - Itu diantara ayat yang terpacul keluar dari mulut Si Azmin ni bila bercerita pasal agenda 'Langkah Kajang' atau 'Kajang Move' yang telah direncanakan.
Kata Azmin, langkah tersebut adalah untuk mengukuhkan lagi struktur pentadbiran Selangor bagi membolehkan mereka untuk melangkah ke Putrajaya.
Nampak sangat la yang alasan Si Azmin ni hanya sekadar RETORIK semata - mata bagi menghalalkan gerakan untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar.
Hakikatnya, Si Azmin ni sedar bahawa tidak semua komponan dalam Pakatan Haramjadah tu setuju dengan tindakan tersebut. Terutamanya dikalangan PAS sendiri.
Jika awal tengahari tadi, kita dah dedahkan mengenai pendirian PAS Selangor berhubung isu yang sama. Maka tidak mustahil jawapan Azmin ni sekadar nak 'Sekolah'kan PAS. - (Klik Sini)
Perlu atau tidak PAS nak ikut rentak yang dimainkan oleh PKR dalam menentukan kepimpinan Negeri tersebut? Itu terpulang la kepada kepimpinan PAS sendiri.
Cuma satu perkara je yang kurang senang diterima oleh puak - puak penyokong PAS. Kenapa baru sekarang PKR nak buat konsensus berkaitan dengan Langkah Kajang tu?
Kenapa pada ketika Bekas ADUN Kajang tu nak letak jawatan sebelum ini, diorang tak ambik peduli lansung tentang pandangan serta tak buat pun sebarang konsensus?
Rasanya semua orang dah baca komen - komen yang diberikan oleh pimpinan PAS Selangor berhubung perkara tersebut. Rata - rata semuanya membantah.
Kepimpinan PAS menganggap tindakan Bekas ADUN Kajang itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar dan ianya dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.
Malah, kepimpinan PAS juga turut menganggap PKR seolah - olah menghina keputusan dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat berikuta perletakkan jawatan tersebut.
Tidak cukup dengan itu. Alasan yang diberikan PKR untuk menggugurkan Khalid juga tidak diterima oleh PAS dan mereka masih kekal dengan pendirian tersebut.
Sekiranya PKR tetap juga mahu meneruskan agenda 'Langkah Kajang' mereka, maka PAS sudah tentu akan memberi saingan dan menuntut kerusi tersebut diserahkan kepada mereka.
Sekarang, kita tunggu la apa kesudahannya dengan agenda Langkah Kajang ni. Yang GILA nak 'Melangkah' bukannya rakyat. Tapi rakyat jugak dijadikan mangsa korban kepada kerakusan puak - puak Pakatan Haramjadah yang GILA KUASA ni!!!
pas sudah teperangkap dengan kajang move..............kerana mengharapkan apa yang dikata itulah dihati..........sebenarnya pagi lain petang pula lain jadinya.
BalasPadam