Ai! Biar betul Pak Berahim ni. Belum pun usul tu dibentangkan di Parlimen, dia kata usul tu bakal ditolak? Macam mana dia tau ianya akan ditolak? Pakai teropong Tok Bomoh ke?
Kata Pak Berahim, usaha nak membentangkan usul tu hanya akan menjadi sia - sia kerana ianya akan dianggap sebagai Usul Persendirian dan tidak akan dibahaskan.
Tambah Si Pak Berahim tu, perkara tersebut bukan kali pertama dilakukan. Malah sebelum ini pun Nik Aziz pernah bawak usul yang sama untuk dibahaskan di Parlimen tapi ditolak.
Huh? Nik Aziz pernah bawak usul tu ke Parlimen? Sejak bila pulak Nik Aziz jadi Ahli Parlimen? Boleh tak Pak Berahim jelaskan bila bapak sedara dia tu jadi MP?
Ini menunjukkan sifat sebenar puak - puak Parti Angguk Saja tu sebenarnya. Diorang ni bukan betul - betul nak merealisasikan perlaksanaan Hukum Hudud tu.
Tapi hakikatnya diorang hanya sekadar nak memperalatkan Hudud tu sebagai bahan Politik diorang semata - mata untuk memburukkan orang lain. Itu je tujuannya.
Jika Usul Hudud ni dibentangkan di Parlimen, maka diorang akan hilang senjata utama untuk berkempen dan mempergunakan isu tersebut diluar Parlimen nanti.
Makin susah la diorang nak memburukkan UMNO dan kata kononnya UMNO yang tolak Hudud. Apa yang jelas sekarang ni, diorang sendiri yang tolak hukum tersebut.
Kalau diorang tak tolak, kenapa pulak Si Pak Berahim ni nak buat kesimpulan dia sendiri sebelum ianya diusulkan dan dibahaskan di Parlimen? Sepatutnya dia sokong.
Ini tidak. Dia pulak yang memperlekehkan usul tersebut dibentang dalam Parlimen. Kan nampak sangat wayang Pak Berahim ni hanya membodohkan diri sendiri.
Nasihat SH buat Pak Berahim. Kalau betul - betul ikhlas nak memperjuangkan Islam, jangan semua benda nak dipolitikkan. Jika usul tu akan dibawa ke Parlimen oleh UMNO sekali pun, PAS wajib sokong. Tak payah la Pak Berahim nak buat kesimpulan tak tentu arah!!!
PS: Disarankan supaya Hadi Awang sebagai Presiden PAS yang bawak usul tu ke Parlimen. Jangan suruh Si Mahfuz Bean. Dia bukan tau apa - apa. Takut nanti dia ingat Hudud tu kuih pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.