Rasa cukup teruja pulak bila dengar cerita kononnya Anak kepada Si Ketua Penipu tu ada buat buku pasal 'Masa Depan' yang dilancarkan oleh Si Samad Said tu semalam.
Teruja sebab buku tu katanya merencana masa depan anak - anak muda dalam arus Politik semasa. Jadi, memang bagus sangat la kalau dapat kita abca buku tu.
Sekurang - kurangnya, boleh jugak kita tau dari sudut Si Nurul Izzah tu macam mana nak merancang 'Masa Depan' rumah tangga anak - anak muda supaya tak jadi macam dia.
Kalau dia setakat sibuk nak berpolitik je 24 jam, tak heran la rumah tangga dia pun boleh jadi retak dan berpecah belah. Suami mana tahan dengan isteri yang 24 jam berPolitik je.
Duduk kat rumah, sepatutnya suami yang jadi pemimpin. Tapi mungkin dengan Si Nurul Izzah ni lain pulak jadinya. Dia pulak yang nak jadi pemimpin dan suami jadi pengikut.
Tu pasal la kita tengok kes dia kat mahkamah pun bukan suami dia yang ceraikan dia. Sebaliknya, dia sendiri yang buat tuntutan fasakh. Macam la suami dia yang ada buat salah.
Kesimpulannya mudah. Kalau Si Nurul Izzah ni ada hasrat nak merencana hal ehwal Politik dan demokrasi berparlimen dikalangan orang muda, maka dia perlu mulakan dulu di rumah.
Sebelum dia ada niat nak bagi nasihat pada orang lain, adalah lebih baik dia jaga masa depan rumah tangga dia sendiri. Kalau itu pun dia tak mampu, tak payah nak tunjuk bagus sangat.
Sebab setiap inci dalam kehidupan manusia tu boleh kita kaji dan lihat dari tingkah laku seseorang melalui kehidupan dia dirumah. Itu konsep yang diterapkan dalam Islam.
Kalau elok rumah tangga dia, maka elok jugak la cara dia diluar rumah. Tapi kalau rumah tangga dia sendiri pun porak peranda, maka tak heran la kalau kat luar pun dia suka buat kecoh tak tentu arah sampai rumah tangga dia sendiri pun hancur berkecai dibuatnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.