Percutian seorang guru warga Perancis di Taman Negara Pulau Pinang bertukar menjadi episod hitam apabila nyaris diperkosa seorang remaja berusia 18 tahun petang semalam.
Sabrina Lafki, 35, datang bercuti bersama keluarga pada mulanya mahu bertanya laluan ke Monkey Beach kepada remaja berkenaan.
Namun, setelah 20 minit perjalanan, tiba-tiba suspek dipercayai bertindak menarik dan memeluknya dari hadapan sebelum bertindak mencium beberapa kali.
Ketika itu, difahamkan ibu bapa mangsa tidak mengikuti mangsa dan hanya menunggu di pejabat Taman Negara kerana letih.
Suspek dipercayai bekerja sebagai 'beach boy' didapati mengambil kesempatan bertindak meraba buah dadanya dan cuba membuka baju wanita itu, ketika menemaninya untuk menunjuk laluan ke pantai.
Menurut sumber, mangsa hanya bersama anaknya ketika kejadian manakala ibu bapa mangsa tidak berada di situ.
"Mangsa meronta-ronta cuba melepaskan diri dan sempat mencakar muka remaja berkenaan. Mangsa menjerit minta tolong namun tiada sesiapa berada berdekatan kawasan itu. Beberapa minit kemudian, remaja itu melarikan diri setelah menyedari kehadiran beberapa pelancong di kawasan itu,"katanya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek ditahan oleh pegawai penguatkuasa Taman Negara Pulau Pinang dalam tempoh sejam selepas kejadian itu berlaku di dalam hutan ke arah Monkey Beach.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.