Ahad, Mac 02, 2014


Dalam satu temu bual berasingan, Julia menyifatkan tawaran watak hantu dan antagonis yang sering memihak kepadanya sebagai satu jalan karier yang tidak dapat dielakkan.

"Saya pernah bawa semua watak, baik, gedik, manja dan macam-macam. Sampai ketika ini, saya harus sedar, saya tidak akan mampu memperolehi setiap apa yang saya inginkan. 

"Jadi saya terima jika watak-watak hantu dan antagonis sahaja yang dirasakan sesuai untuk saya. Sebagai pelakon tugas saya ialah menjayakan yang terbaik," jelas Julia.

Tidak terdesak untuk menerima lagi tawaran yang boleh mendatangkan rasa musibat kepada diri sendiri, Julia juga mengundur diri daripada terlibat dengan penggambaran sebuah filem di Jakarta. 

Dia yang sepatutnya terbang ke Jakarta pada 24 Februari lalu terpaksa membatalkan rancangan berkenaan demi kebaikan kariernya pada masa hadapan.

"Saya masih di Kuala Lumpur, tidak jadi ke Jakarta kerana hati saya merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pembikinan filem berkenaan. Berhubung kenyataan mengenai filem Aku Akan Muncul, rasanya kenyataan saya bukan berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. 

Sebagai pelakon, saya mahukan yang terbaik untuk lakonan dan karier saya, semua orang mahukan yang terbaik begitu juga dengan penonton. Saya harap yang telah menyaksikan filem berkenaan boleh memahami perasaan saya ketika ini," ulas Julia.

Bukan hanya Julia, ada juga segelintir media tidak sanggup menghabiskan tontonan filem berkenaan dan keluar panggung sebelum filem itu habis ditayangkan. 

Biarpun mendapat kritikan negatif, R. Mohanadas selaku penerbit filem berkenaan masih mempertahankan kualiti filemnya. Mohanadas dalam reaksi ringkasnya menjelaskan, hasil akhir filem ini boleh dikira bagus.

"Pihak kami juga sudah membuat pratonton dalaman sebanyak lima kali untuk memperbaiki mutu filem itu sebelum ditayangkan kepada umum. 

Kami tidak tahu mengapa Julia berkata filem ini tidak bagus," jelas Mohanadas sambil menambah bahawa filem itu menjalani proses penambahan kesan khas di India.

Biarpun kecewa berhubung kenyataan Julia, seorang lagi wakil penerbit daripada RM Vision Film Production Sdn. Bhd. menegaskan, pihaknya belum memutuskan untuk memfailkan sebarang tindakan undang-undang atau saman terhadap Julia.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping