Itu kesimpulan yang mudah untuk kita buat menjelang pemilihan Parti Kecohkan Rakyat tu nanti. Jadi, jangan pelik la kalau berlaku adegan - adegan pelik dalam pemilihan tu.
Dalam pemilihan sebelum ni pun, dah banyak dah kita baca laporan yang pelik - pelik. Angkat tangan untuk orang lain. Tapi bila umum, orang lain pulak yang menang.
Tu belum masuk cerita pasal "Tangan Ghaib" untuk memenangkan jawatan Ketua AMK yang pernah didedahkan oleh Si Burung Fitnah sebelum ini.
Bab aduan dan laporan mengenai kepincangan yang berlaku sebelum ni pun masih banyak lagi yang belum selesai. Pun masih jugak diorang nak kata pemilihan diorang bersih.
Semuanya berlaku kerana masing - masing bertanding atas kepentingan peribadi. Yang sorang sebab nak jatuhkan sorang lagi. Yang sorang tu pulak bertanding sebab nak kekalkan jawatan sebagai Menteri Besar. Bukannya diorang bertanding untuk perjuangan parti!!!
SHAH ALAM: Langkah Kajang, yang antaranya merupakan perancangan untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berkemungkinan 'disekat' sekiranya Khalid berjaya mengenepikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam perebutan jawatan kedua tertinggi parti itu.
Penganalisis politik, Dr. Jeniri Amir walau bagaimanapun berkata, ia tetap bergantung kepada sokongan yang diperoleh Khalid bagi membolehkan beliau menyingkirkan Azmin yang kini penyandang jawatan Timbalan Presiden.
"Kalau Azmin disingkirkan (timbalan presiden), kemungkinan besar langkah itu akan dapat disekat. Tapi itu pun banyak bergantung kepada sokongan terhadap Khalid. Kalau sokongan terhadapnya mantap dan beliau juga disukai ramai, saya percaya kedudukan (Menteri Besar) itu status quo.
"Tidak ada sebab (untuk meneruskan Langkah Kajang) kerana Anwar sudah tidak ada lagi di situ. Jadi saya tidak percaya Langkah Kajang itu akan berjaya. Mengapa perlu dikocakkan kedudukan itu kerana ini akan melemahkan PKR nanti," katanya kepada Antarapos.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.