Ahad, Mac 30, 2014


Buat pertama kalinya dalam blog ni, terasa jugak nak ucap terima kasih buat Pok Nik tu kerana telah mewarnai arena Politik tanah air dengan 'Antics' dia tersendiri.

Tak perlu la nak dihujahkan apa yang telah dilakukan oleh Pok Nik dalam usaha dia selama hari ini. Kalau kita nak cerita satu persatu, panjang sangat jadinya nanti. 

Cukup la sekadar pemahaman kita masing - masing. Rasanya kita pun tau apa yang Pok Nik dah buat sepanjang karier dia bergelar sebagai seorang Ahli Politik. Bak kata pepatah, "Sendiri makan pengat, Sendiri mau ingat la"!!!
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.

Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.

Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.

Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013. Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.

Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya dari dalam PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dia minta maaf atas kesalahan kpd party, bukan kerana rasa berdosa mengkafirkan org lain atau kezaliman yg dilakukan kpd pihak lawan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping