Jumaat, Mac 28, 2014


Mungkin la Kak Wan Jijah ni masa kecik - kecik dulu dia selalu makan semut. Tu pasal la dia selalu kena penyakit pelupa. Habis semua benda dia dah tak ingat.

Tapi bila orang acap kali ajukan soalan yang sama, dia mula la menggelupor tak ingat dunia. Mula la dia jadi serba tak kena je memanjang. Penyakit Kak Wan ni bukan baru.

Kalau dulu, penyakit tu datang serang dia bila orang tanya asal jam Omega. Kat pejabat orang tanya, dia kata jam tu ada dia simpan di rumah. Takkan nak bawak ke hulu ke hilir.

Bila orang pergi serang dia di rumah dan buat tuntutan untuk tengok jam Omega tu, mula la dia meraban tak tentu pasal. Boleh pulak dia kata orang lain tak de hak nak tau pasal jam tu.

Sama jugak la dengan kes juruterbang pesawat MH370 tempoh hari. Pun Kak Wan lupa jugak yang juruterbang tu ada kaitan dengan menantu dia.

Dengan muka selamba je Kak Wan kata yang Si Ketua Penipu tu tak kenal juruterbang tersebut. Tapi bila pendedahan dibuat, terus Kak Wan terdiam. Dah kantoi menipu la tu.

Kali ini, penyakit Kak Wan ni datang serang dia sekali lagi. Masa kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tempoh hari, dia kata dia tak tau pasal agenda "Kajang Move" tu.

Kata dia, bab pertukaran Menteri Besar Selangor tu tak de kaitan lansung dengan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni. Dia bertanding untuk kepentingan rakyat KONONnya.

Walhal sebelum tu, semua orang dah bercerita pasal agenda Kajang Move untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor.

Malahan, kenyataan tersebut kekal dipertahankan oleh Si Azmin Ali sepanjang Pilihan Raya Kecil tu berlansung. Cuma Kak Wan tetap jugak dengan pendirian dia.

Bila dia ditanya oleh pihak wartawan mengenai agenda Kajang Move untuk menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar, Kak Wan kata dia tak tau apa - apa.

Tapi hari ini, dia boleh pulak buat pengakuan kata agenda Kajang Move tu mungkin akan mengalami perubahan. Pengguguran Khalid sebagai MB tak mungkin berlaku.

Pulak dah!!! Hari tu dia kata dia tak tau. Tapi hari ni, dia tau pulak ada gerakan nak menggugurkan Si Khalid tu. Kan pelik namanya tu.

Sekejap dia kata dia tak tau, sekejap dia kata dia tau pulak. Yang mana satu yang betul ni Kak Wan oi!!! Baru jadi ADUN dah dapat penyakit yang bukan - bukan ni menda kejadahnya? Takkan dah jadi ADUN pun Kak Wan masih nak menipu jugak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Tak mustahilkah sikap suka menipu itu merupakan satu penyakit mudah berjangkit?
    Jangkit dari siapa lagi kalau bukan bang non?
    Kesiannnnnn......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping