Ahad, Mac 02, 2014


Ekoran pendedahan dan tersebarnya Gambar Wanita Bertudung Berdoa Dalam Gereja jumaat lalu, banyak respon telah diterima dari kalangan para pengunjung blog SH.

Tak kurang juga dengan penafian yang dibuat oleh 'Aktivis' mengenai gambar beberapa orang wanita bertudung yang dilihat sedang duduk dalam sebuah dewan.

Apa yang perlu dijelaskan, SH bukan bercerita pasal gambar yang menjadi 'cover' kepada artikel tersebut. Sebaliknya, yang menjadi tarikan utama ialah gambar kedua dalam artikel tersebut.

Gambar ini yang dipertikaikan!!!
Isu yang cuba dibangkitkan bukan hanya mengenai gejala murtad sahaja, tetapi ancaman yang mampu memberi impak kepada komuniti Islam di Malaysia ni sendiri melalui gambar tersebut.

Mesej yang cuba disampaikan ialah persoalan yang berbangkit; Adakah kita mahu melihat anak - anak kita dimasa akan datang menjadi curiga dengan Islam tu sendiri?

Adakah kita mahu anak - anak kita yang dilahirkan Islam mengikut jejak langkah seperti mana yang dipamerkan oleh wanita dalam gambar tersebut?

Di Malaysia ni, masalah utama kita ialah mengenai pemahaman. Nak terangkan mengenai 'hubungan seks' kepada anak - anak pun masih ada dikalangan ibu bapa yang kantoi.

Inikan pulak nak terangkan bab hukum Islam dan cara kehidupan orang Islam tu sendiri. Kemungkinan berbelit - belit lidah sesetengah dari kita nak menjawabnya.

Cuba satu hari nanti, anak kecil kita yang pergi ke sekolah balik dan tanya kita, "Boleh tak kita berdoa dalam cara agama lain?" Apa jawapan yang sewajarnya kita bagi kepada dia?

Kita nak kata tak boleh? Kalau dia rujuk balik gambar diatas, macam mana kita nak jawab? "Eh, orang ni boleh je berdoa macam orang Nasrani. Kenapa pulak ibu/ayah kata tak boleh?"

Nah! Itu persoalan yang kita perlu jelaskan. Hakikatnya, artikel berkenaan tersebar hanya sebagai renungan kepada persoalan - persoalan tersebut. Ianya untuk mewujudkan kesedaran dikalangan umat Islam supaya lebih berhati - hati. Jangan sampai tak sedar diri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping