Sabtu, Mac 29, 2014


MUKAH - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian menyaksikan kemenangan memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan berhadapan dengan kehilangan wang deposit.

Keputusan tersebut menyaksikan dari 9,668 pengundi yang keluar daripada 13,366 pengundi berdaftar, lebih 82 peratus memihak kepada BN. Kiraan awal pada 10 peti undi menyaksikan majoriti besar berpihak kepada BN.

BN memperoleh 350 majoriti undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Suyong, 167 majoriti di PDM Liok, 676 majoriti di PDM Sesok, 400 PDM Kampung Jebungan, 853 majoriti PDM Telian dan 245 majoriti PDM Tutus.

Sehingga 6.30 petang tadi, jumlah undi yang memihak kepada BN adalaha 8,208 undi.

PRK Balingian menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu bekas pegawai daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, dan seorang ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang, 55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PRK ini diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang turut melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari lepas sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Nampaknya orang Sarawak lebih waras dan lebih bertamaddun dari orang Semenanjung. PADAN MUKA ANWAR N GENG!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping