Sabtu, Mac 29, 2014


Mak-ai!!! Punya ramai yang Gila jawatan dalam kalangan puak - puak Parti Kecohkan Rakyat ni rupanya. Jawatan tak de la seberapa, tapi yang Gilanya ramai.

Dalam pemilihan parti kali ini, seramai 6 orang dikatakan telah mendaftar diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Si Azmin tu merupakan calon terakhir yang daftar.

Diantara yang dah mendaftarkan nama ialah, Khalid Ibrahim, Tian Chua, Saifuddin Nasution, K. Ramachandran, S. Subramaniam dan Si Azmin Ali tu selaku penyandang.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden pulak disenaraikan seramai 14 orang yang bertanding. Diantaranya, Barubian, Mansor Othman, Fuziah Salleh, N.Surendran dan Mustafa Kamil.

Calon lain bagi merebut jawatan Naib Presiden ialah Rafizi Ramli, Elizabeth Wong, Yahya Sahri, Nurul Izzah, Xavier Jayakumar, Shamsul Iskandar, Tian Chua dan Suresh Kumar.

Yang menarik perhatian ialah apabila nama Bekas ADUN Kajang tu juga turut tersenarai dalam calon bertanding bagi jawatan Naib Presiden. Mungkin itu habuan dia kot.

Bagi jawatan Ketua AMK, pertembungan 3 penjuru bakal disajikan buat ahli yang menyaksikan pertandingan diantara Nik Nazmi, Nazri Yunus dan Amirudin (ADUN Batu Caves).

Jawatan Ketua Wanita PKR pula masih kekal dengan dua penjuru seperti yang dimaklumkan sebelum ini diantara Zuraidah Mak Lampir dan Rodziah.

Kalau semua pakat nak bertanding jawatan tertinggi ni, siapa pulak yang nak jadi pengikut? Semuanya Gila nak berjawatan besar belaka diorang ni rupanya. 

Tapi bila tiba bab nak buat kerja, sekor pun tak de buat apa. Setakat yang bercakap je ramainya!!! Jangan bila ada yang kalah nanti, diorang pakat meroyan tak tentu arah macam Si Mahfuz Bean tu pulak!!! Mula la nak menyalahkan orang tak tentu pasal pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping