Bila baca kenyataan angkuh Ketua Penerangan PKR Selangor ni, darah SH sendiri pun boleh jadi meluap - luap. Menyampah pulak tengok perangai buruk puak - puak PKR ni.
Nampak gayanya, perangai diorang ni dah melampau. Makin meluat pulak orang tengok. Sombongnya tak ingat dunia. Apa, dia ingat dia bagus sangat ke sampai tahap boleh berlagak tak tentu arah?
Hanya semata - mata nak bagi laluan kepada Si Ketua Penipu tu jadi Menteri Besar, Si Ketua Penerangan PKR Selangor ni dengan Angkuhnya memberi amaran kepada PAS.
Kata dia, PAS hanya berjaya mendapatkan banyak kerusi di Selangor kerana jasa dan bantuan PKR serta Si Ketua Penipu tu. Kalau tidak, PAS takkan pergi ke mana.
"Apabila mereka bersama dalam Pakatan Rakyat khususnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gelombang itu telah mengembangkan pengaruh mereka bukan sahaja terhad di negeri-negeri Pantai Timur tapi juga sudah melebar sehinggalah ke pantai barat, utara dan selatan," katanya.
Malah, menyentuh isu yang sama, Si Ketua Penerangan PKR Selangor ni jugak turut menunding jari dan menyalahkan PAS kerana menyebabkan PKR tewas di dua kerusi.
"Jadi atas semangat itulah maka kita akan terus menerajui negeri Selangor kerana walaupun kekurangan kerusi sebanyak satu kerusi tetapi tanggungjawab harus diberikan kepada PAS bila mana kita kehilangan satu kerusi di Kota Damansara dan Semenyih.
"Perkara yang sama juga berlaku di Sungai Acheh dan perkara-perkara ini kita seru kepada rakan-rakan untuk kita istiqamah sedikit, tawaduk dalam perjuangan dan tidak semestinya berada di kedudukan selaku menteri besar PAS akan dihormati," katanya.
Nah!!! Apa lagi yang PAS nak katakan mengenai keangkuhan dan kesombongan pemimpin PKR ni? Masih lagi ke diorang nak tunduk dan bertawaduk dengan keangkuhan yang ditunjukkan?
Kalau setakat nak jadi Pak Angguk Saja, tak payah la nak berlagak tak tentu arah, nak jadi pejuang rakyat dan sebagainya. Nak jaga maruah diri sendiri pun diorang tak mampu, usahkan nak jaga maruah orang lain. Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.