Khamis, Mac 27, 2014


Badan je kecik Si Sam Ketot ni. Tapi mulut dia besar. Kalau bab nak tabur fitnah tu, tak kisah sangat la. Itu memang dah menjadi kebiasaan bagi dia. 

Tapi, kalau sampai tahap membocorkan rahsia, memang tak boleh terima la. Nak pulak rahsia parti sendiri, memang tak boleh terima akal la. Macam mana la Si Ketua Penipu tu boleh percaya pada dia ek. Nak simpan rahsia pun tak mampu!!!
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membawa cadangan perubahan dalam kerajaan negeri Selangor terutamanya dalam percaturan PKR meletakkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar ke peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan untuk dibincangkan dan diputuskan secara bersama antara PAS-PKR-DAP.

Ujar beliau, persetujuan konsensus Pakatan penting bagi melengkapkan dan meneruskan agenda ‘Kajang Move’ ekoran kemenangan Wan AZizah pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 23 Mac lalu menewaskan calon BN yang juga Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

“Saya fikir Datuk Seri Anwar akan panggil tindakan menggunakan perbincangan, kita sekarang masih lagi dalam suasana kempen untuk Balingian.

“Mungkin selepas pilihan raya kecil Balingian akan diadakan beberapa sesi perbincangan dan pertemuan tentang bagaimana kaedah untuk kita melengkapkan langkah Kajang (Kajang Move),” katanya kepada Antarapos.

Sebelum ini, desas-desus mengenai perubahan jawatan yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim timbul di sebalik peletakan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada 27 Februarilalu.


Malah, keputusan PKR meletakkan Anwar yang juga ketua umum parti itu pada peringkat awal sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang yang kemudiannya digantikan oleh isterinya Wan Azizah sebelum ini juga turut dikaitkan dengan usaha parti itu untuk menukar Menteri Besar Selangor yang dikenali sebagai ‘Langkah Kajang’.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Kenyataan itu membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang terutamanya PKR tak ada adab dan protokol.
    Siapa saja boleh bercakap mengenai parti walaupun sekadar Ketua Angkatan Muda tapi macam Presiden lagaknya.
    Itu sebab mereka berkecamuk dan bercelaru.
    Siapa saja boleh cakap walaupun membelakangkan protokol kepimpinan.
    Maknanya, parti yg bernama PKR itu tak ada adab dalam kepimpinannya.

    BalasPadam
  2. Parti lobang taik ni mcm tu lah aturcara nya..

    BalasPadam
  3. Klau lubang taik pun die balun....ape ade hal dgn protokol.......

    BalasPadam
  4. He he he buduk punya kaki tangan mulut

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping