Jumaat, Jun 27, 2014


Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Ampang, Nasharudin Md Isa hari ini memfailkan saman terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berkaitan dengan pemilihan Cabang Ampang.

Saman itu dikemukakan menerusi firma guaman, Patrick Dass & Co dan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menamakan tiga defendan. 

Antara yang terlibat ialah Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul; JPP dan Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin diatas keGAGALan menangani bantahan yang dibuat.

Tindakan tersebut diambil selepas JPP GAGAL mengambil tindakan sewajarnya terhadap bantahan berserta bukti kukuh yang dikemukakan oleh plaintif.
“Bantahan saya berikutan terdapat unsur rasuah dan amalan yang tidak sah dilakukan defendan ketiga (Zuraida), wakil-wakilnya serta penyokongnya sekali dalam pemilihan di Ampang yang memberi kesan besar terhadap keputusan pemilihan,” kata Nasharuddin kepada pemberita selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.
Katanya, pihak beliau pernah mengemukakan bantahan sebanyak dua kali pada 21 dan 22 Mei lalu tetapi JPP tetap meneruskan pengiraan undi dan mengesahkan keputusan.

Tambah Nasharuddin, pihaknya mendakwa pengiraan undi di Ampang juga dijalankan tanpa kehadiran wakil calon bagi memantau proses pengiraan.

Antara tuntutan ke atas defenden dalam saman ini ialah untuk membatalkan pemilihan yang dijalankan pada 11 Mei bagi Cabang Ampang sebelum ini.

Pihak plantif juga menuntut agar pengiraan undi bagi cabang sama yang diadakan di Ibu Pejabat PKR pada 11 Jun dibatalkan serta menuntut pemilihan semula dalam masa 30 hari.

Malangnya, respon yang diberikan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat terhadap tindakan saman tersebut itu cukup mengecewakan. 

Apa yang jelas, kenyataan yang dikeluarkan turut mempunyai unsur berbaur ugutan terhadap ahli yang mengambil tindakan tersebut.
“Terbuka kepada mana-mana ahli, sama ada nak buat laporan kepada ROS ke, buat laporan polis ke. Tapi ingat, kalau yang mengadu itu ahli, dia terikat dengan peraturan parti.

“Jika ahli tidak mengemukakan bantah, permasalahan kita disebarkan dalam media, menyerang kita, dia boleh diambil tindakan,” katanya.
Nah!!! Itu membuktikan bawah PKR ni bukannya sebuah parti yang TELUS dan TERBUKA dalam memperjuangkan hak dikalangan ahli merek sendiri.

Bila ada ahli yang nak perjuangkan Hak mereka, mula la diorang diberi amaran dan diugut oleh pemimpin atasan. Jadi, macam mana diorang nak memperjuangkan Hak Rakyat kalau Hak Ahli sendiri pun diorang pinggirkan!!! Kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping