Nampak gayanya, putar belit Si Menteri Besar Selangor tu berhubung isu perjanjian pembekalan air bagi negeri tersebut kantoi jugak akhirnya. Dan perkara itu tidak dapat diselindungkan lagi.
Biarpun sebelum ini Si Menteri Besar Selangor tu cuba membuat dakwaan dengan menuduh kononnya pihak Kerajaan Pusat nak rampas tanah, tapi ianya hanya sekadar kosong belaka.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu semalam tidak disokong dengan bukti dan dokumen yang sah sehingga menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sendiri.
Hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar nak menutup kemaluan dirinya sendiri apabila pihak Rejim Pakatan Selangor tu GAGAL untuk menunaikan perjanjian utama yang dibuat.
Penjelasan mengenai perkara tersebut telah pun dijawab oleh Menteri yang berkenaan dan tindakan Si Menteri Besar Selangor tu boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Kata Menteri yang berkenaan, keputusan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini bercanggah dengan Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani.
"Kerajaan Negeri Selangor masih belum menyempurnakan perjanjian utama yang ditandatangani pada 12 September lalu, itu sebabnya kami minta penangguhan. Kerana masih ada isu yang belum diselesaikan kerajaan negeri sendiri.
"Isu lain yang timbul termasuk urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi air (Consession Companies Water Assets-CCWA) kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat-syarikat konsesi oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
"Kerajaan Negeri juga masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor," katanya.
Dalam erti kata lainnya, Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu sendiri yang GAGAL untuk memenuhi tuntutan perjanjian yang telah ditetapkan. Bukan sebaliknya.
Maka persoalannya, Si Menteri Besar Selangor tu yang kantoi Terkencing dalam seluar, tapi kenapa pulak dia nak tuduh orang lain? Itu membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu TIDAK KOMPETEN untuk jadi pemimpin sedangkan dia sendiri tak reti buat kerja!!!
Kan penasihat ekonomi dia tu si anwar...kita nak harap apa??
BalasPadamAssmin 'AisKerim' Ali ni tahu apa.....terjun dalam tong sampah, longkang, tolong basuh baju amah Indon dia bolehlah......
BalasPadamDisyaki.. Inilah strategi yg dibincangkan antara min dan nuar pada pejumpaan lepas dipenjara. Pertemuan 4 mata..
BalasPadamApakah 'langkah' nuar seterusnya? Langkah kidex atau langkah air nuar..? Pasti ada.. Tgu dan lihat..
Terjunlah pkr dengan labulabunya
BalasPadam