Herankan? Kenapa pulak Si Menteri Besar Selangor tu nak didesak agar mendedahkan harta yang dia miliki pada ketika ini? Kenapa dizaman Khalid Ibrahim dulu takde yang buat desakan?
Tapi yang lebih menarik, desakan itu dibuat bukan dari kalangan puak - puak Barisan Nasional. Sebaliknya, desakan itu datang dari kelompok mereka yang menjadi pencacai tegar Pakatan.
Nampak gayanya, ada dikalangan puak - puak Pakatan tu sendiri yang mencurigai Si Menteri Besar Selangor yang baru tu. Nak pulak apabila dia menjawat jawatan tersebut sebelum ini.
Pengisytiharan harta itu dibuat oleh kumpulan Sakai Anak Muda Meroyan (SAMM) Selangor bagi mengetahui sama ada wujud atau pun tidak penyelewengan yang sedang berlaku.
Jelas Pengerusi bersama SAMM, desakan yang dikemukakan itu wajar disambut oleh Si MB Selangor yang baru tu sebagai bukti ketelusan serta kejujuran dia sebagai seorang pemimpin.
Malah mereka juga turut mendesak agar setiap Exco Negeri yang dipilih oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu untuk melakukan perkara yang sama bagi mencapai tujuan tersebut.
Desakan itu timbul apabila Pengerusi SAMM, Si Chagubard tu melahirkan rasa curiga melalui laman media sosial miliknya terhadap Si MB Selangor tu berhubung isu pembinaan projek Kidex.
Persoalan mengenai isu tersebut timbul kerana keputusan berputar belit yang dikeluarkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sejak beberapa hari lepas menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat.
(Artikel Berkaitan: MB S'gor Bukti Kemunafikan Diri!!!)
Jika sebelum ini pun, Si Chagubard tu pernah membuat pendedahan terhadap Si Menteri Besar Selangor yang didakwa mengkhianati Presiden PKR dengan merebut jawatan tersebut secara diam - diam.
Maka persoalannya, adakah Si Menteri Besar Selangor tu berani nak sahut cabaran dan desakan yang dikeluarkan atau dia hanya akan mendiamkan diri? Kalau setakat berani cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
buang karan jer....tak akan mereka berani utk mendedahkan kekayaan kpd umum....
BalasPadamsi SOHAI ANAK MONKEY MAFUZ / SAMM
BalasPadam