Wayang apa yang sedang dilakonkan oleh Si Khalid Ibrahim ni? Kenapa pulak dia nak berpura - pura tidak mengenali siapa Si Menteri Besar Selangor yang baru tu dikhalayak ramai?
Hakikatnya, semua orang tau. Si Khalid Ibrahim tu dan Azmin bukannya baru hari ini berkenalan diantara satu sama lain. Tapi diorang dah lama saling kenal mengenali dan bersahabat.
Jadi, adalah mustahil sekiranya Si Khalid Ibrahim tu keluarkan kenyataan seolah - olah dia tidak mengenai orang yang dah merampas kerusi Menteri Besar Selangor tu dari dia sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Si Khalid Ibrahim tu menyatakan rasa terkejutnya terhadap keputusan tidak rasmi yang dibuat berhubung isu perjanjian bekalan air dengan pihak Kerajaan Pusat.
Walaubagaimana pun, Si Khalid Ibrahim tu kata dia tidak dapat nak membuat komen lanjut mengenai perkara tersebut erana butiran mengenainya tidak dimaklumkan oleh Si MB Selangor tu.
Itu yang membuatkan kita rasa hairan. Kenapa pulak Si Khalid Ibrahim tu nak rasa terkejut dengan tindakan drastik yang dilakukan sedangkan dia kenal sangat dengan Si MB Selangor tu.
Malah sebelum ini pun, dalam satu kenyataan yang dibuat, Si MB Selangor tu sendiri dah memapatkan wajah dia yang sebenar. Dia bukannya berniat nak menghapuskan perjanjian tersebut.
Sebaliknya, keputusan yang dibuat tu hanya sekadar mahu menunjuk kuasa dan menjaga Egonya sebagai seorang pemimpin dengan tindakan membatalkan perjanjian tersebut tanpa sebarang fakta dikeluarkan.
(Artikel Berkaitan: Tembelang Azmin Terbongkar Juga Akhirnya!!!)
Dari satu sudut, kenyataan itu memperlihatkan seolah - olah Si MB Selangor tu nak Kerajaan Pusat melutut dan menyembah kaki dia dulu jika mahu perjanjian bekalan air tu diteruskan.
Perkara yang sama juga dibuat berhubung isu yang berkaitan dengan pembinaan projek Kidex yang sebelum ini dibatalkan dan kemudiannya diputar belit oleh Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.
Jadi, untuk apa pulak Si Khalid Ibrahim tu nak berlakon dan berpura - pura terkejut dengan keputusan Si Azmin Ali tu sedangkan dia kenal sangat keegoan serta kesombongan orang dah rampas jawatan dia sebelum ini!!! Buat apa dia nak mengabihkan masa merayu pada orang macam tu!!!
Hahaha....taktiklah tu!!!
BalasPadamSebab ASSmin 'AisKrim' Ali tu bengap sangat kutttt......
BalasPadam