Selasa, Mac 10, 2015

Tak perlu la kita nak ulas panjang mengenai perkara ini. Cukup hanya sekadar kita gariskan beberapa perkara yang perlu dijadikan sebagai panduan dalam membuat sebarang penilaian.

Pada hakikatnya, Si Nurul Izzah tu memang masih TAK LAYAK untuk menggantikan Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Ketua Pembangkang berdasarkan keupayaan yang dia miliki pada ketika ini.

Jauh Panggang Dari Api! Bukan sahaja soal Integriti Si Nurul Izzah tu sahaja yang boleh dijadikan pertikaian kerana sebelum ini dia pernah dikaitkan dengan isu Fitnah terhadap orang lain.

Tetapi dari segi pendekatan Politik, Si Nurul Izzah tu juga masih tidak mampu untuk menyandang jawatan sebesar itu didalam dewan Parlimen jika hendak dibandingkan dengan orang lain.

Dan Si Nurul Izzah tu sendiri pun perlu sedar. Apa yang dia lakukan hari ini hanya sekadar jadi 'Tukang Baca Ucapan' je. Bukannya dia layak untuk menggantikan Si Ketua Penipu tu di Parlimen.

Bahkan, nak jadi Tukang Baca Ucapan tu pun Si Nurul Izzah tu tak layak buat masa ini kerana dia masih lagi diselubungi sentimen emosi yang masih lagi ada kaitan dengan Si Ketua Penipu tu.

Apa yang jelas, sentimen emosi itu akan menghantui Si Nurul Izzah dan membuatkan dia terkeluar dari agenda Profesionalisme yang sepatutnya dipamerkan oleh seorang Ahli Yang Berhormat.

Maka dari satu sudut, Si Nurul Izzah tu sebenarnya hanya sekadar mempergunakan peluang yang ada didepan mata untuk meraih sokongan dan menagih simpati dari kalangan rakyat semata - mata.

Menjadi anak kepada Si Ketua Penipu tu dan ber-BINTI-kan Anwar, maka ianya memberikan peluang seluas - luasnya kepada Si Nurul Izzah tu untuk mengambil kesempatan.

Jadi, bagaimana mungkin Si Nurul Izzah tu boleh dianggap LAYAK untuk menjadi Ketua Pembangkang sedangkan dia sendiri GAGAL untuk mengawal emosi yang terbuku dalam hatinya?

Realitinya, Si Nurul Izzah tu masih belum cukup Kental untuk menghadapi arus permainan Politik jika dia hanya sekadar bersandar kepada mainan emosi untuk meraih simpati semata - mata.

Kesimpulannya, Si Nurul Izzah tu masih lagi TIDAK MATANG untuk bergelar seorang Ahli Yang Berhormat. Dan dia sendiri pun sedar akan hakikat tersebut. Jika tidak, kenapa dia sanggup menggunakan taktik kotor dengan menabur fitnah untuk kekal menjadi Wakil Rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. bagi pada mahfuss jer...ada juga mega lawak dlm parlimen....baru penonton ramai nengok persidangan kat tv....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping