Sekarang baru la PAS sedar bahawa mereka akan terasa sunyi sekiranya UMNO dan Barisan Nasional tidak bertanding menentang mereka dalam Pilihan Raya Kecil di DUN Chempaka.
Jika sebelum ini, pemimpin - pemimpin kanan parti itu dengan bongkaknya menuduh UMNO dan Barisan Nasional sudah hilang kekuatan dan keberanian kerana tidak bertanding.
Tapi pemimpin kanan PAS tu lupa parti mereka juga pernah buat benda yang sama. Adakah mereka lupa bahawa PAS juga tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam sebelum ini?
Ternyata, PAS sebenarnya sudah 'hilang punca' untuk berkempen memandangkan tidak ada pihak yang boleh dilemparkan dengan fitnah dan dakwaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil kali ini.
Setidak - tidaknya, kalau sebelum ini boleh juga diorang buat tuduhan dan menjaja isu yang sengaja dijadikan bahan Politik Murahan mereka untuk mendapat sokongan dan meraih simpati dari kalangan rakyat.
Jika selama hari ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sering kali menghiasi Politik Sempit mereka dengan fitnah dan mengadu domba serta menjadikannya sebagai satu amalan biasa mereka.
Nak pulak bagi kalangan mereka yang hanya mementingkan kedudukan serta mengutamakan kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata. Jadi kali ini, mula la diorang terasa seperti dipinggirkan.
Biarpun mereka berhadapan dengan 4 orang calon Bebas, namun jentera PAS tidak terasa bahang saingan dari kalangan mereka. Tapi, mereka tetap optimis untuk mengekalkan majoriti dikawasan tersebut.
Kesimpulannya, inilah bahana apabila puak - puak PAS tu mula bercampur dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang memang suka mempengaruhi orang lain dengan dakyah Pembohongan yang dijaja untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.