Jumaat, Mac 13, 2015

Satu taklimat khas oleh PAS mengenai rang undang-undang Hudud Kelantan yang mencetuskan kontroversi gagal menarik perhatian pemimpin Pakatan apabila difahamkan ia tidak mendapat kata sepakat sebahagian mereka yang hadir.

Bagaimanapun, cadangan pindaan enakmen Kanun Jenayah Syariah mungkin akan diteruskan apabila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diadakan selama tiga hari bermula Isnin depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau tidak melihatnya sebagai sebab kukuh untuk menangguhkan pembentangan rang undang-undang itu.

Dalam pada itu, beliau juga turut menolak dakwaan segelintir pemimpin Pakatan yang mendakwa bahawa rang undang - undang itu kelihatan seperti satu undang-undang baharu.
"Ianya tidak benar kerana hanya terdapat beberapa perubahan dalam kandungan asalnya. Kita akan memaklumkan pandangan mereka kepada Menteri Besar," katanya.
PAS menghantar dua exco negeri iaitu Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan dan Datuk Nassaruddin Daud untuk memberi taklimat mengenai cadangan pindaan enakmen itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis.

Terdahulu, anak kepada mendiang Karpal Singh kekal membantah cadangan yang dibuat oleh PAS untuk meneruskan perlaksanaan Hukum tersebut dengan mendakwa ianya bukan perubahan kecil.
"Saya melihat undang-undang itu dan apa yang (dibentangkan) melebihi jangkaan (daripada) pindaan. Mereka sebaliknya mengemukakan keseluruhan rang undang-undang... bukan hanya pindaan.,” kata beliau.
Apa yang diluahkan oleh anak Si Karpal Singh tu memperlihatkan seolah - olah DAPigs menganggap PAS cuba nak mengaburi mata rakyat dengan menyatakan bahawa ianya hanya satu pindaan kecil semata - mata.

Maka sudah jelas bahawa puak - puak DAPigs tu tetap juga akan menentang cadangan perlaksanaan Hukum Hudud PAS biarpun ianya sudah dibentangkan dihadapan mata mereka sendiri.

Malangnya, masih ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri yang ghairah memberikan sokongan kepada puak - puak DAPigs yang terang - terangan menentang agenda perjuangan parti atas dasar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi diri mereka semata - mata!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Sudah cukup jelas firman Allah dlm alquran, mrk,yakni yahudi dan nasrani tdk akan tunduk mlainkan diikutinkehendak mrk.

    Mgpa masih nak yakinkan kafir harbi tersebut?n
    Seolah2 tidak yakin dgn firman Allah?
    Sedarlah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa pas nak buat u turn dah hampir. Kalau kali ni tak u turn saya akan terus isi borang keahlian pas

      Padam
  2. Tak tahu lah apa pula putar belit Pas kali ini....Kita tunggu tengok apa yg berlaku selepas ini....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping