Ahad, Mac 08, 2015

Hehehe!!! Pandai jugak puak - puak PAS tu sindir Pencacai - Pencacai PKR tu secara terang - terangan ye. Berani betul diorang 'Hina' perhimpunan yang telah dianjurkan di depan Sogo semalam.

Kalau ikut pepatah Melayu, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan PAS Pusat ni ibarat macam 'Pulang Paku, Buah Keras'. Sindiran yang dibuat memang tepat kena ke batang hidung.

Jika sebelum ini, hangat dikalangan pengguna media sosial mempertikaikan kenapa puak - puak PAS tu enggan menghantar bantuan serta menyokong perhimpunan yang dianjurkan tu.

PAS didakwa sengaja tidak membenarkan ahli serta pemimpin mereka terlibat secara lansung dalam Himpunan yang dinamakan sebagai #KitaLawan tu. Malah mereka sendiri tidak mempedulikannya.

Kata pemimpin kanan PAS Pusat tu, perhimpunan yang diadakan semalam didakwa bukan salah satu agenda Pakatan. Sebaliknya, ianya hanya agenda Politik puak - puak PKR tu sendiri.
“Program ni tidak dibuat atas nama Pakatan Rakyat, program ni (dianjurkan) pemuda PKR jadi kita Pakatan pun tak tahu ada program tu. Jadi program tu memang tak pernah dibawa ke mesyuarat pemimpin Pakatan,” kata Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kalau kita lihat dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tuan Ibrahim tu seperti menyindir puak - puak PKR yang sebelum ini turut lantang menolak perlaksanaan Hukum Hudud.

Alasan yang diberikan oleh puak - puak PKR tu lebih kurang sama je dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Tuan Ibrahim ni. Mereka juga mendakwa "Hudud Bukan Agenda Pakatan".

Malah, isu perlaksanaan Hukum Hudud itu katanya tidak pernah dibentangkan didalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan. Maka sebab itu PKR mengambil langkah untuk tidak menyokongnya.

Jadi, jangan pulak puak - puak PKR tu nak meroyan bila jumlah yang datang berhimpun di depan bangunan Sogo semalam jauh LEBIH KECIL dari perhimpunan yang dianjurkan sebelum ini.

Kesimpulannya, kenyataan Si Tuan Ibrahim ni bukan sahaja boleh disifatkan sebagai satu sindiran. Tapi dalam masa yang sama ianya juga satu pengajaran buat puak - puak PKR tu supaya diorang belajar untuk terima hakikat dan jangan jadi Sombong tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping