Khamis, Mac 12, 2015

Hehehe!!! Ingat orang zaman sekarang ni buta sangat ke dari melihat apa yang dipaparkan didepan mata mereka? Diorang ingat rakyat Malaysia ni buta dari melihat propaganda yang dilakukan?

Jika sebelum ini, laman portal Pro Pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) kantoi dengan puak - puak PAS apabila mereka didapati telah menyalahgunakan gambar superimpose.

Tindakan yang dilakukan oleh laman portal TMI tu berjaya membuatkan Si Mahfuz Bean meroyan dan seterusnya mendesak agar laman portal tersebut untuk memohon maaf diatas penyebaran gambar tersebut.

Tapi, adakah setakat itu sahaja tuntutan yang dibuat oleh PAS? Adakah ianya mencukupi hanya sekadar laman portal tu meminta maaf dari puak - puak PAS untuk selesaikan isu tersebut?

Jika dilihat dari satu sudut, laman portal TMI tu seolah - olah TERPAKSA mengambil langkah yang lebih drastik bagi memperbetulkan tindakan yang mereka lakukan terhadap PAS sebelum ini.

Perkara itu boleh dilihat dengan jelas apabila laman portal tersebut secara TIBA - TIBA mengeluarkan hasil kajian dari Merdeka Centre mengenai siapa calon yang layak menggantikan Perdana Menteri.

Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh laman portal TMI itu bukan sahaja sekadar mahu menimbulkan kekeliruan, malah ianya juga turut berfungsi untuk melaga - lagakan kepimpinan didalam UMNO.

Sama jugak dengan tindakan laman portal Pro Yahudi, Merosakkini yang sengaja memberi gambaran kononnya Tun Mahathir menolak perlaksanaan cukai GST yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan.

Dari satu sudut lagi, tindakan yang dilakukan oleh laman portal TMI tu boleh juga disifatkan sebagai satu usaha untuk menutup isu kemelut kepimpinan yang sedang melanda PAS pada ketika ini.

Pertikaian hangat yang kini sedang menjadi topik bualan dikalangan rakyat berkaitan dengan PAS pada ketika ini sudah tentu tertumpu kepada isu perebutan jawatan Presiden parti tersebut.

Ada yang membantah, dan tidak kurang juga ada yang menyokong. Tapi rata - rata mahu Presiden PAS, Si Hadi Awang tu digantikan dengan calon lain yang lebih cenderung menyokong Pakatan.

Namun, bagi Takiyuddin, cadangan untuk mencabar jawatan Presiden PAS tu hanya akan dilakukan oleh individu yang tidak relevan. Dalam erti kata lainnya, 'Orang Gila' je yang buat kerja tu.
"Secara rasionalnya, tiada sesiapa yang akan menerima pencalonan bagi mencabar Abdul Hadi pada pemilihan kali ini melainkan mereka yang tidak munasabah sahaja akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Maka tak salah jika ada yang berpendapat, tindakan laman portal TMI cuba membangkitkan hasil kajian Merdeka Centre tu hanya setakat nak tutup pekung yang menyelubungi PAS semata - mata sebagai 'Balasan' kepada kesilapan yang dilakukan sebelum ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping