Ish! Biar betul apa yang dinyatakan oleh salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR ni. Betul ke rakyat di Permatang Pauh tu tak terjejas lansung bila Si Ketua Penipu tu dipenjara?
Jika kita baca kenyataan yang dikeluarkan, memang itulah yang disampaikan. Katanya, keadaan rakyat di Permatang Pauh tu tidak akan berubah biar pun dalam tempoh lima tahun.
Malah dia juga turut mengakui, keadaan dikawasan parlimen itu tidak ada bezanya sama ada ketika Si Ketua Penipu tu dipenjara atau pun tidak. Ianya tidak memberi sebarang kesan.
“Keadaan di situ sejak Anwar dipenjarakan tiada bezanya kerana kita ada tiga Adun yang benar-benar menjalankan tanggungjawab kepada semua penduduk tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik," katanya ketika dihubungi.
Jika kita lihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Ahli MPN itu membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu tak pernah menjalankan tugasnya dalam menjaga kebajikan rakyat.
Dia hanya mengharapkan kepada tiga orang ADUN tu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dia pikul. Maka sebab itu bila dia takde, keadaan tidak berubah.
Malah, dari kenyataan yang dikeluarkan itu juga menjelaskan kepada kita bahawa pengaruh Si Ketua Penipu tu terhadap rakyat memang tak signifikan. Maka sebab itu ianya tak memberikan kesan kepada rakyat.
Maka memang jelas la bahawa kes liwat yang melibatkan Si Ketua Penipu tu sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada rakyat secara keseluruhan sebab ianya hanya kes peribadi.
Jadi, kenapa pulak puak - puak Pakatan Haramjadah tu sibuk nak memukul canang dan menghasut untuk mengheret rakyat dalam kancah peribadi Si Ketua Penipu tu ke jalan raya?
Dari kenyataan yang dibuat, maka kita boleh kesimpulan mudah. Rakyat di Permatang Pauh memang tidak memerlukan Si Ketua Penipu tu untuk menjaga kebajikan mereka. Dan sudah tentu mereka juga tak kisah kalau PKR tak bertanding dalam PRK nanti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.