Jumaat, Mac 06, 2015

Buat sekian kalinya, blog ini mahu melahirkan rasa simpati dan berkongsi pandangan yang diluahkan oleh anak Si Ketua Penipu ni. Ikhlas kami katakan, kami juga tak sangka perkara ini akan berlaku.

Kami memang tak sangka keputusan yang dibuat akan mengejutkan semua pihak kerana semua orang sudah sedia maklum, siapa Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Memang kami tak percaya.

Mana tidaknya. Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang 'Warak' dan sering bergaul dengan para ulama. Tapi rupanya, itu hanya lakonan semata - mata.

Semuanya demi untuk mengaburi mata dan memperdayakan rakyat diperingkat bawahan. Panggilan 'Pak Sheikh' yang diberikan sebelum ini hanya sekadar panggilan kosong yang tak bermakna.

Kami juga turut berasa hampa apabila kepercayaan yang diberikan kepada Si Ketua Penipu tu untuk menjadi pemimpin telah dikhianati dan diliwat dengan perangai buruk yang ditonjolkan.

Bukan orang lain punya angkara. Tapi salah Si Ketua Penipu tu sendiri yang GAGAL nak mengawal nafsu serakahnya sehingga menyebabkan orang lain pulak dijadikan sebagai mangsa.

Dan kami juga memang tak sangka, kenapa keluarga Si Ketua Penipu tu sampai hari ini tidak dapat menerima hakikat Kebenaran yang telah dipaparkan dihadapan mata mereka sendiri?

Kenapa mereka tidak boleh terima kenyataan bahawa Si Ketua Penipu tu adalah seorang Peliwat yang perlu menjalani hukuman penjara selama 5 tahun diatas kesalahan yang telah dilakukannya?

Maka sebab itu Si Ketua Penipu tu hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Walaupun Si Ketua Penipu tu belum diishtiharkan hilang kerusinya di Parlimen, tetapi berdasarkan kepada perkara tersebut, dia sudah hilang kelayakan untuk bergelar Yang Berhormat.

Bahkan kami juga sama sekali tidak menyangka kenapa sehingga hari ini, keluarga Si Ketua Penipu tu masih lagi nak mengheret rakyat didalam kancah Peribadi Si Ketua Penipu tu sedangkan mereka tak terlibat.

Kenapa mereka tidak dapat membezakan diantara kes jenayah dengan isu Politik sehingga sanggup menghasut rakyat demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu tu?

Seandainya keluarga Si Ketua Penipu tu mampu untuk menghadapi kenyataan dan belajar untuk menerima Kebenaran, sudah pasti apa yang berlaku tidak akan mengecewakan mereka.

Sebaliknya mereka akan menerimanya dengan hati yang tabah serta menjadikan ianya sebagai satu khifarah diatas kelemahan serta kegagalan Si Ketua Penipu tu sendiri. Bukannya merengek tak tentu arah macam budak sekolah tadika!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Alasan kenapa keluarga KETUM tidak dapat menerima kenyataan?? DUIT & KUASA! Klau mereka mengaku kebenaran... punca pendapatan dan kekayaan keluarga akan lenyap!

    BalasPadam
  2. Biarkan si luncai tua tu hanyut dengan labu2nya...

    BalasPadam
  3. hilang tittle Yang Berhormat....kini Yang Meliwat ( tittle pemberian rakyat hakim negara )

    BalasPadam
  4. Loya kawan lama di bamboo river tak hilang lagi ... dia mai balik pulak !

    BalasPadam
  5. bagaimanakah akhirnya kesudahan keluarga pembohong dan penipu ini ?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping