Wah!!! Lain macam betul PAS hari ni. Nampak gayanya diorang yang berada diperingkat atasan tu dah terlalu terdesak sehingga menyebabkan mereka terpaksa meng-HARAM-kan Kebebasan Bersuara.
Dengar kata, ada tiga orang selebriti PAS yang sebelum ini sering kali menghiasi pentas - pentas ceramah bakal dikenakan tindakan kerana lantang bersuara mempertikaikan kepimpinan atasan.
AJK Lajnah Politik Pemuda, Leman Raja Lawak; AJK Muslimat, Wan Aishah serta AJK Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.
Rentetan itu, beberapa ahli parti diperingkat akar umbi mencadangkan supaya mereka yang terlibat itu dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan sehingga memburukkan pemimpin.
Kalau ikut kata Si Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, dia redha dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.
“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.
Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam.
“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.
Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.
“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.
Kata Si Leman lagi, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan dikalangan ahli PAS diperingkat akar umbi yang menyarankan agar dia dipecat daripada parti.
Sementara itu, Wan Aishah juga turut melahirkan rasa kecewa dia di laman media sosial Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana - mana program.
“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.
Menurutnya, dia memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan PAS sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.